Kanda Dinda

Monday, June 27, 2011

Destinasi KB




Assalamualaikum (:



Alhamdulillah . . baru sahaja melantak burger goreng, roti Abang John dan popcorn. Murah rezeki, mak dengan abah aku pergi pasar malam dapat aku manjakan perut dengan segala macam lemak tepu  yang berkumpul dan bergambung lantas berformasi mencipta kegendutan perut. (--") Memang aku khalifah ALLAH yang tak pandai nak berdiet. Tak ada perkataan diet dalam kamus budak busuk seperti aku nieyh. Malahan untuk beberapa jam lagi, pasti aku akan melilau kat dapur mahu melantak untuk kesekian kalinya memberi keizinan penuh terhadap encek kholesterol untuk bermaharajalela.  Teruk? Aku tahu . . terima kasih T___T argh. Jangan salahkan aku, salahkan faktor genetik. Salahkan faktor baka. Aku hanya insan teraniaya. Kalau bukan kerana genetik kuat makan yang mengalir dalam tubuhku pasti pinggangku seramping Inul Daratista*banyaklarkauperempuan*


Ouh yer . . ekceli aku nak hupdate pasal aku pergi Kota Bharu (KB) dengan ah bem, ayu, zura masa hari tueh bukan pasal susur galur genetik. Terpesong pula tadi lantaran emosi berada dalam keadaan terumbang-ambing*ecece* Tak nak cakap banyak. Layangkan sahaja mata comel kalian melihat photogedik di bawah sambil gosok-gosok mata. Kenapa? Entah! Y__Y




Ouh permulaan cerita mestilah diikuti dengan gambar busuk aku. Ada siapa-siapa tak puas hati boleh hantar pemberontakan anda dengan menaip AKUTAKPUASHATY kepada Syarikat Hado Aku Keysah Sendirian Berhad. Ekekeke~




Howyek . . akhirnya penerbangan flight Air Asia yang kami sewa telah selamat mendarat di KB *budget *. Sudah sampai harus lah berpose gedik di atas eskalator. Rumah aku tak ada benda-benda cenggini. Nanti balik rumah boleh tunjuk dekat mak abah aku pergi KB naek benda-benda bergerak dengan hidung kembang-kembang. Terasa sungguh bangga riak kahak hak tuihhh ye. U___U






Letih jalan-jalan melilau masuk keluar dari satu kedai ke puluhan kedai yang lain perut gajah kami ini haruslah dilayan dengan penuh hemah. Tidak boleh dibiarkan ianya berhiphop sendirian mahu nanti ada insan tidak dikenali bakal dilempang secara rawak lantaran minda tidak mampu berfungsi dengan waras. Baik hamek tindakan awal. Sambil menunggu makanan, sambil meneropong jejaka kacak. Argh. Melepas. Sudah ada kekasih di sebelah. Haha! Comel je Cik Ayu bergayutan sebelah aku. ekekeke.
 


 
Sekarang makanan dah ada depan mata . . tak kira lar kau hensem ke kau gagah ke, berotot pejal sekalipun aku tak peduli yang penting lemak harus disuntik ke dalam badan. Muahahaha. Aku kemaen lagi membebel dekat ah bem lepas nieyh nak tapau berger, nak makan kentang, nak order ais krim dekat KFC kunun tak cukup. Padahal makan separuh dan lembik kekenyangan. *pang sedas tak bersyukur* U___U



Punyalah payah nak snap picture ah bem sorang nieyh. Nah . . . habes usaha aku pujuk beliau baru dapat sekeping. Tak apa usaha tangga kejayaan ß--------apakah??




Lepas tueh kita orang mengambil keputusan sebulat suara mahu pergi ke Wakaf Che Yeh pula. Habis duit aku melayang beli selendang. Aku beli dua helai. Yang sehelai tueh singkat gila. Menyesal tak sudah aku beli dah lar mahal. Silap aku juga tak dapat budget isipadu kepadatan dan kelebaran selendang tueh terlebih dahulu. Lain kali harus berfikir dengan lebih tenang tatkala membeli selendang dan bukan nya mengikut hawa nafsu bertindak rakus lantaran terpesona dengan kecantikan duniawi. *argh jahat kau nafsu* T__T

Sebelum balik seperti biasa singgah kedai bundle dholo cari beg. Aku insan tamak beli dua terus. Ouh nafsu kau memang!



Psssttt : ekceli banyak gambar aku tak tampal kat sini bimbang korang demam panas darah tinggi tengok gambar-gambar aku memanjang. muahahahaha *kilat sambung-menyambung*






Sunday, June 26, 2011

Funny a.n.i.m.a..l.s


Assalamualaikum (:



Mari geletek usus kecil anda melayan pictures hasil tangkapan encek google. :D






Hak hak hak . . tuihhh.  Si lembu obes! Buat muka macho siap. Menatang lembu nieyh makan apa benda agaknya sampai perut memboyot sebegitu rupa. Telan anak gajah kot. Kalau buat korban Raya Haji memang makan kenyang sekampung muntah-muntah pun tak habes nieyh. Muahahaha *kilat sambung-menyambung*





Inilah yang diberi nama shy shy cat ( malu-malu kucing ) haha. Malu sangat lar kunun. Padahal gigi taring rongak sebab asyik duk makan cekelat feroro rosher. Berlagak betut aku pun makan choki-choki duoplohsen jah. *kembang-kembangkan hidung*



Orang duk peraja sana sini cinta tak mengenal usia cinta tak mengenal paras rupa. Haa . . dalam kelangan menatang pun ada jugak. Tengok dua ekor menatang tueh. Memang role model terbaik larh.  Hubby meowww, even u kurus kering cekiding pun I tetap chentaa tahap dewa sama you tau. I lap u. U lap i tak? *muntah hijau*

T________T



Menangis aku tengok picture nieyh. Hahaha. Tak tahu lar pula aku sekarang lembu dah menjadi spesies dua alam. Kalau Danial Bego tengok mahu dia berhenti jadi perenang. Hebat lar kau lembu. terbaik dari ladang boleh bertukar menjadi tersegar dari laut. Kalau geng-geng pancing dapat engkau riuk tulang diorang nak angkat kail. Entah-entah perahu di orang yang terbalik. Bohhhhhhhhh.



Aku rasa Syamsul kena buat filem baru lar ganti cerita KL gangster. Kucing gensterism! Haha. Bapok hebat nya main  ugut cekik leher bagai. Kalah Ah long minta hutang padahal berebut Milah si kucing janda jiran sebelah je. Mr Orange: woittt. Cepat bagitahu aku. Kau dah guna-gunakan Milah tueh dengan minyak senyonyong kan sebab tueh dia boleh tangkap syok kat kau? Cepat bagitahu aku bomoh mana kau jumpa kalau tak aku cekik-cekik kau sampai mati. *ampun pak ampun* Meowwwhahaha.



Gossip gissap. Mother  . . mother you should know sumthing. Tadi kan . . tadikan . . jijah kena ngorat dengan dugong mak. Jijah terjumpa beliau masa berehat kat tepi laut. Dia cakap jijah lar duyung paling cantik yang dia jumpa. Eshh. Jijah malu lar mak jangan bagitahu bapak tahu. *hihihi*
Mrs Bear : apa ke mengong sangat dua ekor menatang ciptaan Illahi nieyh? *ZzzzzZz*



Badak nieyh terpengaruh dengan aksi gusti di telebisyen yang selalu di tonton kat kedai kopi Pak Jusoh. Beliau mahu meniru gaya rikishi yang selalu kasi bon*** dekat pihak lawan. Argh kan dah cakap jangan bagi tengok telebisyen aksi ganas kat kanak-kanak di bawah umur.
T_____T



Ya Allah Ya Tuhan ku. Ampunkan lar dosa kedua tuan ku. Walaupun meraka jahat mulut macam puaka asyik duk menyumpah seranah aku tatkala mencuri ikan todak peliharaan mereka di akaurium . . tapi aku tahu tuanku sebenarnya berhati baek. Sob sob sob (--")



Bluekk. Kau  buruk. Aku tak nak kawan dengan kau. Dah lar warna duri kau kelabu tahi tikus mondok. Kau tak layak nak kawan dengan aku si cantik manis berbulu gebu. Ehem.
Moral of da story : cermin diri sendiri dholo. Jangan duk jadi menatang yang tak soda diri jo. Samo ja warno ekau baduwo.


bubyeeeee :D



Psssttt : memang serunuk merapik sensorang tengah-tengah malam  nieyh U__U





Saturday, June 25, 2011

Kenduri k.a.w.e.n


Assalamualakum (:


Hoho mengadap belog sambil layan cerita Hindustan Dil To Pagal Hai. Haish . . Nieyh rasa nak joget-joget nieyh. Ouwh cerita yang sangat ohsem garapan yang sangat hebat. Sudah jatuh cinta berkali-kali dengan cerita ini dan sudah boleh hafal jalan cerita satu-satu siap boleh nyanyi sekali. Belum masuk part aku menari lagi. Kumpem berdarah hidung Madhuri dengan Karisma Kapoor tueh tengok aku beraksi. Cakpong haiyak cakpong (--“) Hebat tak? Haha. Dari kecik kot aku tengok cerita ini dan sampai sekarang aku tak jemu-jemu. Bohottt bohottt achi lagi heee. *tak tahu apalah aku mencarot tueh* T___T


Ekceli bukan nak cerita pasal Hindustan pun hari nieyh tapi nak cerita kenduri kahwin jiran. Wah dah lama kot aku tak pergi kenduri kendara nieyh. Biasa aku malas nak pergi tapi entah kenapa pintu hidayah terbuka semalam beriya aku ikut family aku pergi. Wah meriah kot pengantin. Tema merah. Hot gitueh :D Nak tengok gambar pengantin? Hah layan . . . :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Eh . . eh . . nieyh perempuan busuk gigi kuning bukan pengantin. Suka interframe betul, Hoiii . . nyah kau perempuan.
T_____T

.
.
.
.
.
.

tadaa

Add caption


Sungguh menyibuk si budak busuk tueh kan? Haha. Berjaya hamek dua keping gambar sahaja. Malu lar ramai orang. Kalau ikutkan hati aku yang tamak nieyh nak je aku berphotoshoot dengan pengantin lelaki dengan dan pengantin perempuan sampai habis majlis.
*sekeh kepala sendiri* -____-

Lepas perut kenyang makan nasi penuh pinggan ditambah dengan bubur berserta air yang entah berapa cawan aku minum akhirnya kita orang bergerak nak pergi kedai cari barang keperluan pula. Ouh terima kasih kepada pihak pengantin kerana menjemput kami sekeluarga. Semoga pengantin baru akan dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh keredhaan dan bahgia dunia akhirat. Dan paling penting halalkan budak busuk yang makan mengalahkan badak berendam. Almaklumlah masa pergi majlis tueh memang tak makan tengahari lagi. Hihi*ketawa minta pelangkung* ^___^


Masa dah siap beli barang tueh kita orang duduk rehat kejap kat bangku yang ada. Hariz dengan syirah nak naek mainan yang kita masukkan duit limaplohsen pastu dia bergerak dan bunyi lagu tueh. *maaf aku tak tahu nama saintifik benda alah tueh* syirah naek mula-mula lepas tueh nanges meghoyan nak turun. Hariz pun sama. Haha. Aku dah ketawa nak terkincit dah time tueh. Mula-mula dia orang menggelapar nak naek berebut sekali dah naek beriya melolong nak turun. Tahu tak kenapa? Sebab bila masukkan duit lagu yang berbunyi lagu ULIK MAYANG DIULIK. Hahaha. Hariz dengan Syirah takut merah mata menangis. Aku dengan mak aku gelak terkekek-kekek. Teruk betul lar kan pasang lagu macam tueh. Buat seram je. Tak sesuai langsung. Nasib baek siang time tueh kalau malam? Nak nya aku lari lintang pukang tak cukup tanah seriauuu weyh. Haha.



Peace dah sampai rumah nak layan lagu ulik mayang pula sesuai dah tueh pakai baju kuning. Ehh? :P


Pssttt : lain kali letak lar lagu Hindustan kat mainan tueh. Lagu mohobbatein ke, fana ke senang sikit aku nak layan perasaan. Muahahaha~






Thursday, June 23, 2011

Pantai Buket Keluang




Assalamualaikum (:

Niat di hati  nak hupdate pasal family pergi pantai hari tueh. Memang serunuk sangat. Kalau duk kat Jepun sekarang memang teringin nak jumpa Doreamon mintak dengan beliau mesin memutar masa dan sebagai pertukaran aku nak hadiahkan Doreamon sebotol ubat julap biar dia membuang sisa dalam badan secara berterusan lantas bisa kurus secara drastik. Namun terfikir juga, adakah losyen herba pasti tersentap bisa memberi kesan yang lebih lumayan? Kunfius lar macam nieyh  (-__-)

Janji nak bertolak pukul 6 a.m dengan keluarga kawan abah. Pukul 4 a.m mak dengan kakak aku dah sibuk ketung ketang ketung ketang kat dapur duk menyiapkan makanan untuk di bawa pergi berkelah nanti. Aku? Haha. pukul 5 lebih baru bangun (-___-) Memandangkan kakak aku balik maka dia lar yang bertanggungjawab sepenuh nya membantu mak aku siapkan bekal tueh. *alasan*







Kunun nya nak pergi awal boleh mandi waktu pagi kat pantai tueh. Teduh lagi kan. Tapi tak usah nak berangan larh alih-alih dekat pukul 8 baru bertolak. Letih duk menunggu aku pun duk bermesra- mesraan lar dengan encek camera sampai kakak aku pun dah terikut-ikut perangai aku. Haha. mak aku cakap kat abah aku . . budak dua orang tueh dah pengsan duk bergambar. Ayah aku sengih je. Pasrah kut. (--“)

*photogedik semata-mata harap tidak meninggalkan kesan trauma kepada jiwa dan pemikiran anda*





Nampak tak? Nampak tak . .muka eksaited si budak busuk gigi kuning tueh. Haha. selepas beberapa purnama menunggu akhirnya perjalanan beribu batu di mulakan juga. Bhahaha. Statement tak agak-agak. T__T






Waktu nieyh matahari dah naek. Cuaca dah panas. Aku dengan yakin sekali membuat keputusan meniru gaya kodok hijau berhajat mau memanggil sang hujan biar turun dengan mencurah-curah nya. Ong ongg ongg. Namun setelah beberapa kali mencuba hujan masih tidak turun . memang rasa sangat loser mahu meniru aksi haiwan amfibia pun gagal. . Laen kali mahu tiru dengusan si badak sumbu lar, rasa nya lebih sesuai dengan bakat aku yang sudah lama terpendam nieyh. Urghh.




Kebulatan dan ketembaman pipi tidak berjaya disembunyikan lagi.  Salah angle hamik gambar nieyh. Lain kali lebih baik mengambil posisi dari bawah pula biar lubang hidung sebesar alam yang menjadi tumpuan.  T__T Panas sangat masa nieyh headband yang elok-elok terletak di kepala pun sudah terburai di campak ke dalam beg. Ngeee~


Gambar gedik si bonda bersama anak saudara tersayang Auni Saffiyah. Maaf Auni, bonda memang macam nieyh hantu gomak yang cintakan encek camera. Maka, terimalah seadanya tanpa rasa ragu atau rasa mahu lempang.


Aku tak mandi laut pun. Family aku yang laen semua terjun dalam laut. Even aku tak mandi, seluar dah basah sampai peha. Aku kuatkan tekad dan semangat tak nak mandi lauttt. Haha. Padahal hati dah bergolak, minda berkecemuk nak berkubang dalam kemasinan air laut. *ecece* Ouh sangat serunuk rasa waktu ini.  Berehat di tepi pantai sambil membakar ayam, hot dog makan mihun, jajan , kerepok, baring-baring, pergi beli air kelapa dengan rojak, di ngorat si jejaka hensem dan dibelanja makan aiskrim oleh jejaka tampan (tipu). Tak cukup dengan tueh abah aku order ABC yang aummm mengancam dan menggoda anak tekak yang kehausan. Angin laut yang sepoi-sepoi tata bahasa menyapa mesra wajah menghadiahkan kehitaman di kemudian hari amat mengasyikkan.  Kata orang memang nikmat hidup dirasai larh. *jogetjoget*

Malangnya tak ada satu  gambar laut pun kan? Haha. Bateri telefon sudah habes lantaran kerakusan diri mengambil gambar berterusan tanpa henti sejak pukul 6 pagi. *tampar diri sendiri* memang dasat lar kau perempuan (--“)

Ouh kawasan kat Buket Keluang nieyh boleh tahan. Kemudahan rekreasi seperti bangku, taman permainan, tandas awam, surau ada disediakan. Air pantai pun masih dalam keadaan bersih. Gerai-gerai yang menjual makanan pun banyak, memang setiap masa lar aku asyik nak melahap kan. Rasa mahu pergi lagi lagi lagi dan lagi. :D

Pssstt : gila annoyed tengok aksi si hantu gomak tampal gambar dia sensorang banyak-banyak dalam satu entry? Dah, pergi warung Pak Jueh beli penadol aktipas sekarang. Banyakkan berehat. T__T


Wednesday, June 22, 2011

k.e.n.a.n.g.a.n

Assalamualaikum (:


Aku tak nak cakap banyak just nak share satu picture dengan korang. Picture nieyh di ambil masa aku belajar dholo-dholo. Ekceli aku wendu kat budak  senget ngok ngek kepala kemek dua orang nieyh tak lain tak bukan Ainun Shuhada (gegurl chubby) dengan Nahdzatul Syafinie. *cebik-cebik bibir tahan sendu* :P




Ouh picture  yang sangat tak jelas. Noise yang melampau-lampau. Uhukk. Ekceli gambar nieyh di ambil secara zoom sebab tueh macam tak gagah sangat. Segala kesulitan amat dikesali. Masa nieyh kita orang duk belakang sekali. Kelas Pendidikan Islam. Ustazah suruh buat pembentangan masa tueh. Group laen yang tengah berceramah kat depan. Kita orang memang tak hamek port duk belakang layan pecebuk un9. Ergh terbuka pekung kejahatan lar pula. (-___-)

Mula-mula ustazah tak hamek peduli pun kita orang fokus ke tak dengar pembentangan tueh tapi memang malang tak berbau wangi kan. Alih-alih ustazah pun tegur : awak tiga orang kat belakang tueh buat apa? Jangan lar maen benda laen masa kawan-kawan awak tengah bercakap kat depan. Kesian dekat dorang penat-penat bagi ilmu tapi tak ada orang nak dengar. Perghhh! Serius time tueh rasa macam setepek tahi unta yang masih suam-suam kuku dibaling pappp tepat mengenai muka. Malu siott. Haha!

TAPI. . tapi classmate yang laen pun bukannya gave their full attention during presention tueh. Nasib kita orang yang nak kena tegur kan kan . . heee~ memang malang tak berbau wangi lar. Bila dah lama-lama hengat balik kesah nieyh rasa macam kelakar pulak. Boleh senyum sorang-sorang macam tin sardin kepek. Maaf ustazah Ainun dengan Syafini memang nakal tapi saya hanya budak naïf yang terpengaruh dengan tingkah laku mereka. Miahahaha :D


Pssst : wendu korang lar sioh pee sioh pee sekalian :P

Tuesday, June 21, 2011

b.o.r.e.d

Assalamualaikum (:



Malam nieyh aku tak ada nak hupdate apa-apa pun. Cuma rasa si loser sejati bila mana kebuhsanan melanda diri tahap hantuk kepala dengan lesung. Aku pergi belek pecebuk pun buhsan jugak. Tak ada benda yang menarik pun kat situ. Tak ada hadiah ipad percuma pun kat pecebuk tueh nak kasi aku, tak ada cabutan kereta Ferrari pink pun untuk gades-gades kebuhsanan seperti aku nieyh, tak ada pun sedara mara bau-bau bacang putra mahkota di raja nak bertukar-tukar pendapat dengan aku berbincang sistem pemerintahan negara supaya lebih terancang dekat pecebuk.*mengong* Haha. alih-alih aku pergi like habes semua status kawan-kawan. Saja nak buat dia orang rasa menyampah rasa nak tunjal-tunjal kepala aku nieyh sebab buat semak samun notifications dia orang je. Ekeke. Puas hati dapat annoyed kan orang. Yearghh! +_____+

Kendian aku pun duk mengusap-ngusap lar encek lappy. Sekali tertekan butang webcam. Lepas tueh pergi pakai selendang lilit dengan teknik pemakaian memanggilaserabailarkauperempuan. Tanpa aku sedari butang webcam yang aku hanya tekan sekali sahaja tadi dah jadi berkali-kali tekan lagi lagi lagi dan lagiii. Ouh acer webcam kau memang suka menjebak orang suruh tekan kau banyak-banyak kali kan. Argh spesies penggoda! *kesan buhsan melampau sampai dengan laptop pun boleh dilampiaskan nafsu amarah* T___T


Nah muntahkan diri korang layan hasil penggodaan encek acer webcam ke atas diri aku yang tulus suci murni kerana diri aku begitu berharga nieyh. *haktuihhh*




Nieyh lar asek intai-mengintai dengan encek webcam. Haish nak tekan ke tak. Kalau tak tekan rugi pula kalau tekan nanti terjebak. Hahaha. Banyak lar kannnn. Menjeling menjeling ku bertentang mata kita sama memandang, ku cuba ku cuba nak bertenang akhirnya sepakan melayanggg. Lalala~



Nieyh muka mintak pelempang. Aku tak tahu pula selama ini aku memendam bakat sedemikian rupa. Kalau masuk mahkamah nieyh awal-awal lagi aku kena pelangkung dengan fail bahan bukti. Hakim: cehhh. Orang macam nieyh pun nak kena naek court bincang bagai ke? Tak payah. Tengok muka pun dah tahu budak nieyh bersalah pencuri, panjang tangan, peragut, siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri. Urghh (--")


Muka berlagak! Puiii. Monolog dalaman: weyh aku baru beli baju renang. Baju renang tueh dibuat daripada emas tulen hasil rekaan habib jewel. 360 karat kau tahu. Lepas itu, butang baju tueh diperbuat daripada mutiara asli. Raflesia yang taja. Baju renang tueh akan aku pakai buat julung-julung kalinya untuk aktiviti berkubang di dalam parit rumah Munah Montok anak ketua kampung Tak Soda Diri. Kau hado?? +___+


Homaigod! Ya Allah. Rumah aku dirampok. Abes harta benda ku di kebas. Mana kambing/kuceng kesayanganku? Mana peralatan perhiasan ku? Mana peti ais 10 pintu kuh? Mana?? Dasar bajingan kamu perampok kagak punya perasaan. Jaga kamu. Bakal gua kerjain kamu habes-habesan! *zzzzzz*


Eh ye ke Senah? Haishhh. Tak akan lar si Sameon tueh sanggup pergi curi buah salak dekat kebun Pak Syuib tueh semata-mata nak kasi kau. Apa ke mengong sangat Sameon tueh, Pak Syuib kan ayah kau. Jadahnya nak mencuri kat kebun ayah kau lepas tueh boleh pula bermurah hati bersedekah hasil curian buah salak tueh dekat kau. Aku tak percaya. Uishhh. Uishhhh. *kecik-kecik sepet-sepetkan mata tanda TAK PERCAYA*



Psssst : semua perkara di atas berlaku hasil desakan perasaan buhsan yang melampau! Argh jangan salahkan aku salahkan lembu pak Manap! Salahkan lembu tueh. Ciskek kau lembuu! T__T

Monday, June 20, 2011

T.D.E vs ENA


Assalamualaikum


Hari ini nak hapdate belog lagi lah. Sementara mood ghajen nieyh tengah meruap-ruap baek teruskan nya dengan gigih. Dholo malas bebenau aku nak ngadap encek belog nieyh. Usahkan sentuh jeling pom tak nak. Nampak je encek belog truih tekan tanda (X) tanpa perlu berfkir panjang. Sungguh eksen nya aku dekat beliau kan? Haha. keghajenan aku terhadap encek belog sungguh ajaib aku rasakan. Adakah encek belog sudah “guna guna” kan aku. *dushhh tumbuk tang muka sekali suka sangat fikir benda khurafat semua nieyh salah Syamsul kasi pengaruh kat aku :P* Aku nak buat esaimen pun tak ghajen macam nieyh tahuu. Eseimen pagi esok pukul 8 kena hantar pukul 12 malam baru aku duk sibuk terkangkang kangkang bolatkan mengadap screen laptop duk google sana sani cari info. Baru cari info belum lagi start buat? Haishh. Jangan lar duk tiru perangai pemalaih aku tueh takut nanti nyesal 40 hari 40 malam kang. Sesak nafas di dada kau tahuuu.

Ekceli hari nieyh aku nak wat entry pasal kawan baik aku masa praktikal kat Majlis Bandaraya Shah Alam dholo-dholo. Aku start praktikal kat MBSA tueh bermula pada 21/6/2010 - 19/11/2011 dan selama enam bulan aku duk kat sana dengan ENTAN NUR AFYQAH (ena) lar aku duk melekat cam belangkas tak kira nak pergi mana pun. Pernah kita orang ponteng waktu office pergi lastik burung merak atas pokok kunun nak kasi hadiah untuk Datuk Bandar (DB) sekali terkontai sebab masa tueh Timbalan Datuk Bandar (TDB) pun duk tengah nak sumpit burung merak tueh nak kasi Datuk Bandar. Hah . . jadi orang jangan duk luruih sangat. Memang aku tipu jah tuh saja nak kasi dramatik sikit. Nak pedajal korang tapi korang pun mesti belajar ilmu perdajalan nieyh lagi tinggi daripada aku kot? Miahahaha :P

Erghh . . maaf lar aku memang suka sangat mengarut kalau aku nak buat satu-satu perkara tueh mesti ter-eksiden singgah minum kopi makan kerupuk moni lepas tueh baru lah pulang ke pangkal jalan. Uhuk. Malas nak cakap banyak layankan aja pictures busuk di bawah sambil makan ulam cicah budu *aku tak tahu apa motif aku tulis macam tueh (--“)



Nieyh lar gambar masa kita orang duk lastik burung merak tueh. Marah bebenau si Entan tengok TDB nak sumpit burung lastikan kita orang. Alang-alang dia tak puas hati dia pun nak sumpit juga sebab tueh letak tangan pesen lagu tueh. Aku turut kan sahaja pendapat beliau. Tak kesah janji merak kita orang punya. Tibaiiii jah. Agi hidup agi ngelabannnn T__T



Masa musim raya dekat Pejabat Datuk Bandar kita orang punya kerja lah nieyh duk gantung kad-kad raya sebegini rupa. Bila DB dengan TDB masuk kerja dia pun naek heran, nieyh nak sambut raya ke nak sambut Deepavali. Banyak bebenau kad duk tersungging kat dinding sampai dah terkunpius mana satu kad mana satu dinding. Hebat kan teknik penyamaran yang berjaya dihasilkan? Haha. kita orang memang ghajen. Tak payah duk puji-puji. +___+




 
Nieyh semua gambar masa sambutan raya MBSA dekat stadium. Sungguh serunuk waktu tueh. Banyak sangat gerai makanan yang dibuka. Yang penting FOC. Haha. Aku memang suka dapat makan free free nieyh. Akan aku usahakan sehabes gigi dan gerham mengunyah makanan tanpa henti. Kita orang kena jaga kedai air masa sambutan nieyh shift petang tapi macam haremmm. Tak buat kerja sangat pun duk mundar mandir serbu makanan je yang lebih. Ecehh. Ekceli tema MBSA tahun nieyh biru silver. Tengok Entan pakai biru silver kan? Hah, peduli apa dengan tema tueh aku suka pink oke! *kunun. Padahal tak ada baju biru silver. Meroyan aku tak dapat pakai baju macam Entan. Sampai ke hari ini aku simpan dendam kesumat nieyh kat kau tahu tak. uhuh*







Yang nieyh pula gambar masa latihan kawad sebab jadi pemegang plakad masa sambutan yang ke sepuluh tahun MBSA. Aku nieyh memula inginkan plakad tueh kain pelikat. Duk bermuhasabah diri sekejap fikir asal time kawad nak kena pegang kain pelikat bagai. Apa kejadah nya? Tak tahan dengan dilema yang membelenggu diri terus kita orang mengutarakan persoalan berkenaan dekat puan kita orang, Puan Sumaryati Bt Hussin. *ecece* haha. after puan gave us brief explanation pasal PLAKAD tueh baru lar kita orang faham. Plakad tueh macam kayu yang kita pegang masa rumah sukan dholo-dholo kunun rumah hijau rumah kuning rumah pink. Bhahaha. Memang sangat mengong lark an aku  nieyh boleh tersalah tafsir. Nampak sangat hati aku lurus suci murni naif (-__-) btw masa malam sambutan tueh Entan sangat ohsem sekali. Very da gojes uolss. Macam Sarimah pelakan dholo-dholo pun ada iras tahuu. cantik bangettt :D



Entan entan . . aku rindu wendu lar nak breakfast dengan kau macam dholo-dholo. Huhu. Besh kan kan . . ? nieyh gambar kau dengan puan duk melahap toisei *eja macam mana aku tak reti* yang besauuu yang amat tueh kat tesco kan. Amboyy kemaen lagi korang duk melantak iya. Mentang – mentang aku tak suka boleh kau nak eksen dengan aku. Nasib baik aku tak suka kalau tak memang sepiring besau tueh aku sorang je yang makan. Tak nak share-share. Iya aku memang tamak. Harap maklum T__T
  
 
Sila abaikan muka aku yang macam kuih pau kembang semangkuk setaman tueh. Uhuk. Entan kau hengat lagi tak masa nieyh?  Nieyh kan masa perhimpunan bulanan dekat dewan MENTOR tueh. *maaf tercaps lock dengan sengaja* masa dalam dewan tueh mesti kita sibuk nak bergambar dah lar pakai flash bagai. Memang semua orang duk perhati. Hello brother we’r still young and just wanna keep those sweet memories together in a piece of art calls picture. Do you have any problem with that?? *emo emo*


 
Masuk dalam kereta nak pergi mana-mana je mesti kita sibuk nak snap picture je kan? Terutamanya aku lar . . Masuk je keta, terus bunyi ketang ketung ketang ketung aku duk picit encek camera* awat beruk bebeno bunyi enset aku nieyh* puan dengan kak Saadah pun duk hengat benda nieyh sampai sekarang duk gelakan aku. Haha. sies aku rindu time nieyh tahuuu )’:




Lagikan . . lagikan aku wendu sangat nak hang out dengan kau makan-makan. Kita selalu pergi makan kat Noodle Station dholo kan? Bajet macam banyak duit tapi kadang-kadang buhsan juga makan kat kantin ye dak? Heee. Lepas tueh aku wendu nak pergi Tesco dengan kau, puan n kak Saadah time lunch. Dorang duk sibuk nak cari tomato lada sayur kita pula duk sibuk main naek-naek troli. Kau tolak aku, aku tolak kau. Sungguh tak matang kan. Semua orang dalam tueh duk pandang. Alah tan dorang tueh jeles dengan kita ekceli sebab dorang tak berani nak try macam kita. *ayat sedapkan haty* +____+



Masa tak ada kerja nieyh lar kerja kita. Hambek gambar sana hambek gambar sini kalah artis photoshoot aku rasa. Tapi best kan . . sebab kita suka hamek gambar lar banyak kenangan manis yang kita simpan dapat tatap sampai ke hari tua nanti (‘:
 



Tan minta halal dunia akhrat iya aku curi gambar kau kat pecebuk tanpa kebenaran. Iya aku memang pencuri gambar yang tegar T_T. Aku suka tengok kau pakai tudung. Aku rasa cantik sangat. Entan kau tahu tak masa awal-awal kita berpisah dholo aku meroyan-royan hengat kat kau. Habes semua benda nak cerita pasal kau kat kawan-kawan aku. Huu.

Checklist :p

Aku rinda nak makan ikan bakar dengan kau sambil minum ABC. Slurrppp :P
Aku rindu nak gelak-gelak macam syaiton/bidadari dengan kau cerita pasal semua benda yang entah apa kejadah entah
Aku rindu nak minum kopi AIK CHEONG dengan kau sampai bergelas-gelas*macam orang tua*
Aku rindu nak borak dengan kau sambil makan cabonara or whatever yang puan masak *sedappp*
Aku rindu nak pergi jualan Jumaat (JJ) dengan kau beli selendang macam nak gila minta kurang dengan pak cik tueh
Aku rindu nak pergi jenjalan dengan kau macam waktu office hours masa praktikal dholo (semua tempat)
Aku rindu nak jaga kaunter dengan kau and teman kau jaga operator
Aku rindu nak suruh kau pakaikan aku lens sampai berjam-jam dekat toilet sebab aku memang sangat tidak pandai. *aku gelak sorang-sorang ingat benda nieyh. Muahahaha*
Aku rindu semua kenangan kita selama enam bulan tueh. Kalau aku list pun tak akan pernah habes. Banyak sangattttt. Senang cerita aku rindu kau ENTAN NUR AFYQAH a.k.a ENA. Muahhhh :D




Psstt : Hari ini 21/6/2011. Genap setahun kita berkawan :D







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...