Kanda Dinda

Sunday, August 28, 2011

Selamat hari diberanakkan untuk diri sendiri :D ( Selamat Hari Raya & Happy MERDEKA juga)

Assalamualaikum ^^v 


Ketika membuat gaya peace harus mengangkat tangan selaras dengan bahu bagi membantu ketiak bernafas dengan kencang -..-"

Alhamdulillah tepat 12.00 tengah malam maka kerchinggg . . . selamat datang 29 Ogos 2011. Sila datang lagi tahun depan. Pukul 12.00 tengah malam haruslah cepat cepat naek kereta kuda berkaca lantas mencampakkan selipar jepun jamban tepat ke arah muka sang putera biar berlubang dahi beliau dengan harapan sang putera bakal terpesona dan imannya terganggu gugat. 

Cepat atau lambat insyaALLAH sang putera bakal mencari aku sambil membawa mercun bola untuk diletupkan dalam lubang hedung aku yang cantek pesek nieyh. (hapakauingatkauCINDIRELLA)


SELAMAT HARI JADI YANG KE DUAPLOH TAHUN TERIA DEWI ^^v <----- ucapan buat diri sendiri sebab tak ada orang nak wish nampak sangat kurang kasih sayang




  • Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya ALLAH aku masih mampu bernafas bebas di bumi Mu ini.
  • Semoga dengan penambah daraban usia aku nieyh sesuai dengan kematangan usia dan kemuliaan akhlak yang baik. AMIN
  • Permurahkan rezeki aku sekeluarga Ya ALLAH panjang usiaku agar aku bisa sujud kepada Mu dengan sebenar benar nya *aku banyak dosa aku tahu (':*
  • Ya ALLAH Tuhan Maha Pengampun lagi penyayang berikan aku hidayah Mu. Tunjukkan aku jalan kebenaran tetapkan imanku untuk terus mengingati Mu. Semoga dengan keizinan Mu aku mampu bahagia di dunia lagi lagi di akhirat. AMIN (sebak)
  • Ya ALLAH Tuhan Sekelian Alam kurniakan lah aku jodoh daripada kalangan orang yang baik baik. Semoga ADAM yang bakal menjadi iman hidupku kelak bisa membimbing aku untuk terus dekat kepada Mu. Sesungguhnya hanya cinta kepada Mu yang kekal abadi. AMIN (':


OKU (orang kelainan upaya) kenapa nampak tangan aku macam cacat? -..-"


Di kesempatan ini jugak aku nak minta maaf kat semuaaaaaa orang yang kenal aku secara realiti atau maya semata. Kira nya jika sepanjang aku menulis belog nieyh ada yang terjentik hati tergigit lidah sebab tersentap dengan perbuatan aku (sedar/taksedar/sengaja/tak sengaja) maafkan aku yerk dari tulang pertama dalam tubuhku sehingga darah yang terakhir yang terus di pam dek jantung nieyh. zero-zero oke sayang(s) ?


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ^^v


p/s : semua gambar yang tertepek di atas adalah hasil usaha keras aku pergi shopping dengan keluarga enam jam berturut-turut dan kau nak tahu? aku tak ada baju raya lagi. uwaaaaaaa (T_T)


Friday, August 26, 2011

Hadiah contest Shawl & Aku dah sampai : terima kaseh Yuhuu Kayangan :D

Assalamuailaikum ^^v

Ehem.

Haruslah menaip entry ini sambel berjoget caklengpong diikuti mulut yang rancak menyebut hip hip horeyyy.  Happy nak mamp sebab pinangan anak diraja sudah selamat diterima ke tangan aku. Iya aku tahu bukan pinangan mahupun risikan anak ulam raja yang telah aku dapat but heyyy so what? aku sangat gembira ok. Pinangan itu sekadar perumpaan sahaja untuk menggambarkan kesukacitaan aku ini.

Aku berhak mengungkap rasa bukan? (:

Seperti yang termaktub di entry ini aku telah menyertai contest Shawl & Aku dan beroleh tempat pertama dalam pertandingan berkenaan yang telah habes aku riak takbur kan diri aku dekat sini.

And so yeah . . hadiah nya da sampai pagi tadi oke! lets cekidaout ^^v



Abuba chaks! Nieyh lar parcel yang aku terima pagi tadi. Cinabeng
aku tak mandi lagi time nieyh tahu dak? Dah lar abang posmengg tueh hensem.
Sebelum pergi ambil benda alah nieyh depan pintu aku pergi ngadap cermin dulu
gosok-gosok tahi mata kot kot ada dan masuk kan dalam mulut.
lalala~ (--")


Maaf gambar edisi gedik melampai nilai nilai kemanusiaan (T.T)


Iyaaa. Salah satu hadiah tueh adalah shawl. Aku suka sangat sangat oke. Cantik! Petang tueh lepas mandi truih aku bercam whore macam orang hilang pedoman depan Acer Webcam.  Dalam hati adoo gulai kawah masak lomak cili api. Den sukooo jang.




Dapat hadiah baju yang bling bling kalah M. Daud Kilau. Hambek kau boleh juga aku berduet dengan beliau barang sealbum dua lagu raya nieyh. Paling aku terharu Yuhuu comels jahit sendiri manik tueh oke. Timo kaseh lape jabir nghok nghak sayam =D


Hajatnya nak pakai tudung nieyh time raya tapi haram kejadah lar aku boleh sabooo. 
Tadi bukak puasa dekat rumah sedara truih aku sebat shawl tueh. *dasar gelojoh*


psssttt : aku tak ada baju raya lagi sies sedih (T.T) *29hb 8 nieyh hari jadi aku. perlu ke mention? LALALA -..-"

Sunday, August 21, 2011

Nok jiwo meta boleh ko? HAHA =D

Assalamualaikum ^^v



Perlu kau ketahui wahai pria. Hati wanita bukan bahan uji kaji yang boleh kau labuhkan tirai eksperiman dan jika benar kau anggap wanita itu bahan makmal yang boleh di 'test' maka kau harus sedar kau sedang berhadapan dengan bom nuklear. Apa kau tidak tahu bom itu bisa menghancurkan hidup mu? (':


psssttt : Terkadang mungkin ada di saat waktu yang bergulir pantas, hatimu merindukan seseorang dan ingin menjemputnya di alam mimpi agar bisa kau memeluknya di alam nyata. Apakah rasa itu wahai hati? Cinta mungkin (:


Sila muntah dengan dahsyat lepas baca entry nieyh. (T_T)


Thursday, August 18, 2011

Jelous nya tengok para gadis belit pashmina penuh stylo. *nak jugak (T_T)

Assalamualaikum ^^v


Ekceli . . aku nieyh sebenar nya suka yang amat tengok perempuan cantik. Bila dah terpandang tueh mula lar nak tampar halkum sendiri sebab terpesona tengok gadis gadis ayu nieyh lagi lagi kalau yang bertudung. 

Sejuk beku je mata memandang. Rasa itu jam jugak nak masuk minang buat bini no hempat. 

Kemudian mula lar aku nak try cantik macam diorang. Nak juga pakai pashmina belit shawl. Padahal muka tembam. Sesungguhnya bulat air kerana pembentung bulat kepala kerana muka aku. Memang tak soda diri nak mampuih. *tertunduk insaf*

Semalam kawan aku ada upload gambar dia ngetest (baca: cuba) belit pashmina. Segak habaq hang. Terencat aku dibuatnya. Kagum. SubhanALLAH (':

Aku tanya dia macam mana nak belit macam tueh. Dia cakap dia tengok video tutorial kat youtube then aku mintak link. Tapi harammm memang tak jadi aku belit nasib baik tak tercekik. Wuwuwu.



Aku tak pandai nak belit kat atas kepala tueh. Series rasa macam flowerhorn (T_T) Habes aku pulun sesedap rasa laen benau dengan yang sebenar. Aku ubah sikit fashion dia sebab nak cover leher kat belakang. Berlecak ketiak aku nak buat benda alah nieyh kau tahu. Phewww -__-"


pssttt : ikan flowerhorn pun nanges kalau tengok kepala aku. Berdarah hedung. Meleleh (T_T)

Tuesday, August 16, 2011

Alhamdulillah saya menang tempat pertama Contest Shawl dan Aku. *mari buat lompat kijang =D

Assalamualaikum ^^

Benar kata orang tuah ayam nampak di kaki tuah gajah bunting nampak di gading dan tuah aku nampak di kepala batu. (?)

Tak perlu lah aku terangkan kenapa aku sangat happy nak mamp kan? Tajuk panjang berjela mengalahkan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sudah menceritakan segala-galanya. *sobbb*

Kau tahu.

Kalau boleh aku nak tayangkan satu doniya fana ini senyuman aku yang dah rabak sampai telinga. Tak pernah terlintas di fikiran aku untuk memenangi awards ini. Award? EHEM *orang gila perasan (T_T)

Masa mula-mula aku tengok senarai pemenang tadi degupan jantung aku berdegup kencang sederas tiupan angin Sumatera Barat. Mujur iman aku masih ada kalau tidak nak sahaja aku terjun ke dalam perigi buta dekat rumah jiran kampung sebelah kerana neuron neuron saraf di aktif bergerak aktif membuat break dance. Iya aku teramat gembira.(':

Alhamdulillah ^^V

Reaksi pertama? Oke reaksi pertama aku masa mula mula aku dapat tahu aku pitam dan bangun . . pitam dan bangun . . pitam dan berair mulut dan . . pangggg lempang diri sendiri. 

Tak usah banyak cekadak lar kau perempuan. *baiklah (T_T)

Tak kira lar macam mana sekalipun reaksi pertama aku. Yang pasti memang sijibik umpama kera mendapat bunga raflesia. Atau seperti adik tumbuh gigi. Atau seperti nenek kebayan dapat couple dengan Iqram Dinzly? 

Ah abaikan. Aku memang looser gila bila mana perlu memberi perumpamaan. Dem. (--")



Gambar(s) yang berjaya menarik perhatian para juri. 

Aku naku ucapkan trillion thanks kepada pihak penganjur tak laen tak bukan Yuhuu comels dan juri-juri the baek hati sekalian sebab pilih budak busuk gigi kuning macam aku nieyh sebagai pemenang *mari peluk-peluk comolot sikit* eh maksud aku mari kita berlaga-laga pipi. ( ter tak senonoh sekejap sebab happy sangat) (T_T)

Tahniah juga buat semua rakan-rakan seperjuangan  para pemenang. Anda memang layak! Aku rasa semua nya layak sebab semuanya the very gojes. Tak apa semuanya cantik aku tengok (:

Tak lupa juga buat Asma, Bulatt and Hawa sebab sokong aku untuk join contest tueh. Korang memang terbaik. Eh Hawa pun dapat tempat kelima. Wott. Wott. Tahniah comey =D

Kau tak rasa ke entry aku nieyh over nak mamp? Macam lar dapat Anugerah Passport Kegemilangan kan?

Oke. Baik aku hentikan sekarang sebelum ada yang tumbuk laptop masing-masing sebab baca entry aku.


Nak jugak letak gambar gedik meroyan nieyh kan? Puihh. Hee. Peace ^^V


p/s : still tak dapat nak mesej dekat Yuhuu comels untuk bagi details sebab aku tak ada kredit. kakaka! -___-"

Sunday, August 14, 2011

Saya tukar profile picture FB sebab nak tunjuk lobang hedung -..-

Assalamualaikum (:



Ini default picture (DP) muka ada buku aku sebelum nieyh. Apa ada mirip ayat-ayat chamhaiktuih? Aku sokong (-.-")


Kendian aku buat plastic surgery sampai muka aku jadi macam nieyh. *apa kau hengat kau mampoo nak buat plastic surgery? panggg (T_T)




Walaupun rupa mu tidak ku kenal tapi lobanggg hedung mu tetap menjadi poo-jaan hatiku. -..-"


Aku rela tukar DP aku asal ia nya tak sama dengan orang lain. Biar hodoh sekalipun *pernah ke kau cantek? kuang ajo kau monolog dalaman (T_T)

Hebat sangat ke ang duk ikut gaya aku buat DP macam mak arab walhal aku sedar hedung aku sangatlah rata tanpa batang yang berpasak? oke FINE. aku mengalah. Biar aku yang tukar DP (:


psssttt : korang tak rasa ke hedung aku sangat gagah perkasa lagi kacak? *seliparkan aku sekarang puh-liss
 -..-"

Tuesday, August 9, 2011

Haippp serunuk nya dapat cincin :P

Assalamualaikum ^^

Apa khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa, minta-minta semuanya di dalam sihat sejahtera. *eh ternyanyi lagu lar pula. :P

Ehem.

Cepat kan masa berlalu sedar tak koma sedar dah lebih seminggu kita berpuasa. Ouh sungguh pantas masa berjalan kan. Berjalan? tett. berjalan tueh slow, lambat, tak cepat, perlahan. Tukar tukar! Sungguh pantas masa merempit kan? Atau sungguh pantas masa men-drift kan? Tiba-tiba rasa ayat tunggang langgang. Abaikan (T_T)

Semalam aku dengan Puan emak tercinta keluar bandar. Puan emak cakap mahu mencuci barang kemas nya yang dah berdaki berhabuk berdebu. Jadi aku sebagai anak yang jujur amanah dan fatonah (?) mengikut Puan emak keluar jalan-jalan cari pasal. Memang serunuk menjadi gangster. *apakah -.-"






 Nak dijadikan cerita Puan emak dengan bermurah hatinya telah membeli aku sebentuk cincin. Mak suka gilaaa nokk. HAHA. Bukannya cincin mahal seribulapanjuta ringgit pun tapi aku suka nak mamp. Rasa mahu tunjuk kepada dunia lantas berpidato "Wahai rakyat jelata lihatlah jari gemuk obesiti beta ini telah tersarung cincin emas permata hasil kemanisan kasih sayang seorang bonda. You able rakyat jelata?"

Pangggg. Haruslah menampar diri sendiri kerana bersikap tak semenggah. (--")



Haruslah juga mengambil gambar di depan cermin berkali-kali tanpa menghiraukan tuan kedai.



Masa kita orang masuk pasar ada seorang kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun aku syak duk menangis. Terpisah daripada emak dia. Itu aku yaken bukan syak. Kesian.  Naseb baek penjual kat pasar tueh baik hati tolong jaga budak tueh sementara mak dia datang mencari. Motif berhujah?

Jagalah anak anda dengan baik sebelum anak anda dijaga-jagakan oleh orang lain. *sungguh aku rasa tatabahasa aku kelauttt. Dem! (-_-")


Mak aku sempat merampok membeli tikar dan langsir. Langsir express punya tak ada nak tempah-tempah bagai. And yang paling aku suka aku sempat juga sebat shawl pashmina sehelai. Puan emak yang bayar. 

Tiba-tiba sayang ku kepada Puan emak memuncak-muncak. Sudah lar dibelikan cincin aku meghoyan nak pashmina pun dilayan aja. 

Memang beratus jugak lah duit Puan emak melayang. Memang terbelah lar poket beliau.

Apa-apa pun aku happy sangat hari tueh walaupun letih. Aku plan lar kan, nanti nak kawen or tunang aku nak mintak ukur lilit ibu jari kaki aku untuk tempahan cincin. Lagi besar lagi mahal cincin tueh kan. Pak cik kayooo *dasar cewek matre! Aku harap Encek Jodoh tak baca entry nieyh. (U_U)


Sekian ^^


psssttt : siapa yang kat sini dah tinggal puasa? meh sini nak berlaga pipi sikit. Kita kaum senaseb. urgh. (T_T)

Saturday, August 6, 2011

Ahaiiii entry merapu semata-mata. (T_T)

Assalamualaikum ^^




Heyy. Saya nak saman awak. Awak pencuri tegar! Lepas awak curi HATI saya boleh pula awak buat tak tahu? Memang awak nak suruh saya berpencak silat agaknya. Mari lah kita beradu tenaga. *selak lengan baju*

Teringin benar rasa nya saya nak rongakan gigi awak tueh. Biar awak tak mampu nak tersengih lagi. Boleh juga jimat ubat gigi. Miahahaha (T_T)

Jom pergi mahkamah dewa cinta. Saya nak awak dihukum. Tapi . . saya tak sanggup nak sakitkan hati awak. Erkk . . sebab sebab awak JUARA CARTA HATI SAYA * pang tamparan padu melekat di dahi*

Ehem.

Tetibe je malam nieyh buat entry eww eww. Ada sesiapa muntah ke? Jangannn. Nanti batal puasa. (--")


psssttt : sungguh enak rasa nya merapik rapik. Anda tak rasa begitu? lalala.cakpung ala cakpung. ()_()

Tuesday, August 2, 2011

Aku memang begini : sesuai duduk dalam gua (T_T)

Assalamualaikum ^^

Ehem.

Alhamdulillah. Selesai sudah berbuka puasa. memang kompem ramai antara kita tadi yang asyik duduk memerhati langit menjengah awan yang membiru kononnya guruh berdentam dentum berbunyi. Ingatkan hujan mahu turun padahal cacing kerawit di perut sedang membuat concerto gigit usus kecik usus besar perut sendiri tak soda. Moral?

Makanlah ubat cacing. Lepas nieyh kompem cacing tak mampu membuat concert lagi (T_T)

Ekceli aku nak cerita pasal tabiat pelik aku. Aku sangat lah malas nak bersosial. Ehem perhatian bersosial di sini bukan bermaksud merempit kuang lentang bersama jantan buaya tembaga mahupun beramah mesra atau bertepuk tampar dengan golongan kurang kelakian/ bapuk di lorong gelap. Aku tak peramah sedemikian rupa. 

Bukan.

Aku rasa aku sangatlah sesuai tinggal di gua. Gua Musang? Gua Kelam? gua.com.my? argh hentam saja lar labuuu.

Masalah sekarang, aku sangat malas nak berinteraksi dengan orang ramai. Kalau aku nak jemur kain depan rumah pun lagak aku tak ubah seperti seekor musang yang mahu menculik ayam Pak Manap.

Sangat berhati-hati dan sangat berwaspada. Pandang kiri kanan depan belakang . . kendian eh? dhumm! tutup pintu laju-laju masuk rumah sepantas mungkin takut orang nampak. Padahal jemur kain je pun kan? (--')

Lagi.

Aku sangatlah suka terperap di rumah. Tambah-tambah dalam bilik. 24/7 aku duduk dalam bilik sekor-sekor pun tak apa. Apa aku buat dalam bilik? Iya aku online sepanjang masa dan kalau terasa alam maya ini membosankan aku akan bertanya khabar dengan objek kaku. Dinding, almari, meja. Anda semua puasa tak hari nieyh? *gila* (U_U)

Aku tak tahu lar kenapa. Dari dulu lagi kalau ada orang datang rumah aku . . memang sekelipan tueh juga aku hilang dari pandangan mata. Hala tuju hanya satu mahu bertapa di dalam bilik malu/malas nak duduk bersidang bersama dengan para tetamu.


Dan sebaik sahaja tetamu mula membelah jalan mahu pulang, itu jam juga aku muncul. Tersengih-sengih sibuk duk tibai makanan/minuman yang terhidang untuk tetamu tadi (T_T)

Apakah kalian tidak rasa aku nieyh seperti satu teka teki yang boleh membuat anda berfikir sakan padahal jawapan teka teki itu teramatlah simple. Aku? 

Iya aku memang tak mesra rakyat. Jawapan anda hebakkk!



Hanya mampu berkawan dengan cermin ajaib dan bila aku bertanya :

"wahai cermin ajaib siapakah yang layak untuk berkawan dengan ku?"

Cermin : ang patut duk dalam hutan ja. pih berkawan dengan tarzan bihtu tukar nama jadi Jane.

Aku : zzzz (T_T) dengan hati yang sayu menjawab perlahan. "BAIKLAH" (-___-)"


psssttt : ada lagi ke orang nak berkawan dengan aku dekat belog nieyh? Ouh. Kesat hengus sikit. **shrupp
 -..-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...