Kanda Dinda

Sunday, June 19, 2011

Kesah p.u.t.e.r.i

Assalamualaikum

 
Hari ini aku dengan penuh semangat berkobar-kobar di dada ingin membuat satu pementasan teater hasil karya terulung pengarah terkenal tak lain tak bukan diri aku sendiri *bhahahaha : gelak mintak pelempang* ehemmm. Maaf mencarot. Orang yang tak ada khoje macam aku nieyh memang buruk riaknya. Memang teruk tingkah nya. Aku memang suka berlagak suka duduk tak tak suka tegak kalau kau jahat aku hantar buruk gagak suruh koyakan baju kau biar rabak. Hak hak hak. Ok. ENUFFF. Huh. Susah nak kawal emosi kalau dah kepala tak berapa nak seimbang nieyh. -..-

Ekceli ekceli . . aku nak share dengan korang satu kisah. Cerita ini rekaan semata-mata hasil dari kecerdikan dan keaktifan urat saraf ku di otak yang berkerja keras meneropong idea-idea bernas buat tatapan kalian*tampar berdas das* tak usah berceloteh panjang. Mari aku kenalkan dengan pelakon-pelakon utama cerita ini.



 

Tudiaaaaaaaaaaa dah nampak dah, dah nampak dah. Hah yang nieyh nama dia Puteri Sulong. Dia merupakan anak pertama bagi pasangan Raja Windoyono Palempangkau dan Sumandoto Kucepokkang. Dah nama Puteri Sulong mesti lar anak first kan? Haha. even dia nieyh anak sulung tapi perangai dia macam budak-budak gitueh. Alaaa. Macam kanak-kanak ribena orang cakap? Dia ada seorang kembar dan mereka nieyh rapat sangat.


 
Nieyh lar kembar si Puteri Sulong nama dia Puteri Tengah. Kenapa nama dia Puteri Tengah? Raja dan Permaisuri nieyh macam tahu tahu sahaja bakal ada seorang anak yang akan dilahirkan kan kan? Hah memang pun sebab nieyh cerita yang aku buat mestilah aku tahu segala-galanya. Haha! Puteri Tengah nieyh seorang yang tegas berbanding dengan Puteri Sulong. Dia memiliki seraut wajah yang ayu dan mempesonakan. *hah ludah ludah lagi* T__T



Puteri Bongsu. Ya, inilah watak utama dalam cerita nieyh. Puteri Bongsu merupakan seorang gades yang pendiam. Puteri Bongsu tidak rapat dengan kakak-kakaknya memandangkan usia mereka jauh berbeda. Puteri Bongsu dilahirkan oleh Permaisuri Sumandoto Kucepukkang selepas Puteri Sulong dan Puteri Tengah mencecah usia 5 tahun. Jarak usia mereka berbeda 120 purnama*hentam saja nieyh* walaupun Puteri Bongsu ingin sekali bergaul mesra dengan adik-beradiknya yang lain namun mereka tidak mahu melayani nya dan memanggil Puteri Bongsu sebagai nasi mentah/budak mentah.


Putra Merah merupakan satu-satunya pelakon lelaki dalam cerita nieyh *bukan semua perempuan ke? Argh shadap youuu! Secara fizikalnya dia digambarkan sebagai seorang putera yang memiliki wajah yang tampan dan susuk tubuh yang gagah perkasa menjadi kegilaan dan kelaghoan sekelian gades. Namun beliau bukanlah mudah jatuh cinta kerana beliau menjadi takut tatkala mendengar omongan dan desas desus yang mengatakan cinta itu buta. Putra Merah tidak mahu jatuh cinta sebab cinta itu buta nanti dia berjalan jatuh jatuh. *kalau dapat sekeh-sekeh kepala beliau serunuk jugak nieyh*
 

Cerita ini bermula pada abad keseratus Masihi pada masa lampau tatkala dinasour-dinasour masih wujud dan alam ini hampir sepenuhnya dikuasai oleh haiwan-haiwan buas ini. Nun jauh di tengah hutan belantara telah wujud satu institusi kerajaan Melayu Melaka . . haaa?? I mean institusi kerajaan di bawah naungan Raja Windoyono Palempangkau dan Permasuri Sumandoto Kucepukkang. Walaupun kerajaan ini hanya dihuni sebilangan kecil manusia namun mereka hidup aman sentosa tanpa sebarang unsur politik dan konflik yang boleh mencalarkan perpaduan. *acecece

Seperti yang telah dimaklumkan sejak awa-awal tadi lagi Raja dan Permasuri ini mempunyai tiga orang puteri yang cantik jelita *muntah* menjadi kesayangan rakyat.





Puteri Sulong dan Puteri Tengah sentiasa bersama-sama. Mereka tidak pernah berenggang. Jika mereka bermain kawen-kawen salah seorang daripada mereka akan berlakon seperti Edward Cullen dan selebihnya menjadi Dewi bukan Bella. Oh suweet kan? Grrr~. Jika mereka main masak-masak salah seorang daripada akan berlagak menjadi emak dan yang seorang lagi akan menjadi anak. Mereka gemar memanjat pokok bersama memetik buah durian belanda *heyyy apa  kejadah puteri panjat-panjat pokok petik buah durian belanda bagai nieyh. Sungguh tidak senonoh penulis skrip membuat adegan sedemikian rupa* panggggg tampar keras-keras



Kesian si Puteri Bongsu beliau sering terkontang-kanting keseorangan. Beliau tidak mempunyai teman untuk diajak bermain. Mujurlah beliau mempunyai binatang peliharaan yang diberi nama Debab. Debab merupakan seekor anak dinasour yang telah cedera namun berjaya diselamatkan oleh Puteri Bongsu. Hebatkan Puteri Bongsu berkawan dengan anak dinasour. Kau hado? Miahahaha. Debab lah tempat Puteri Bongsu mencurah kasih dan berkongsi rasa dukacitanya tatkala dipinggirkan oleh kedua-dua kakaknya walau saat itu si Debab hanya mampu terkebil-kebil memandangnya. Pada waktu senggang, Puteri Bongsu gemar ke rimba bermain buaian sambil menyanyi dan bergurindam. Suara beliau sungguh merdu tidak ubah seperti Siti Nurhalilintar.
 


Pada suatu hari ketika Puteri Sulong dan Puteri Tengah sedang memanjat pokok durian belanda mereka ternampak segerombolan pemburu yang sedang berehat di bahan pohon betik. *pohon betik? Ehh suka hati aku lar kan :P Tatkala itulah mereka ternampak akan Putra Merah yang macho dan teruih jatuh chenta kepada beliau tanpa menunggu sesaat pun bak kata omputeh love at the first sight. Cehhh. Kendian mereka bergaduh lantaran masing-masing mengakui Putra Merah adalah hak milik mereka. Sangat pelik bin ajaib kerana selama ini kedua Puteri ini tidak pernah bergaduh dan saling bertolak-ansur dalam setiap hal namun tidak untuk kali ini. Tidak sama sekali!! Hebatkan penangan chentaaa? Tsssskk!


 

Hal ini berlanjutan hingga beberapa purnama. Puteri Sulong yang dahulunya seorang yang periang kini berubah wajah menjadi seorang yang pasif dan gemar termenung. Beliau berasa sedih kerana keakraban yang pernah terjalin di antara beliau dan Puteri Tengah terhenti begitu sahaja. Hari yang dilalui seakan tidak bermakna lagi. Ngeee~ begitu juga Puteri Tengah. Beliau turut merasai ketegangan ini. Raut wajah beliau yang dahulunya sangat ayu*loya tekak* kini berubah menjadi sayu. Kedua—dua puteri ini akhirnya telah bergaul mesra dengan adik mereka yang dahulunya dipinggirkan iaitu Puteri Bongsu sebagai tempat mencurah perasaan dan kesengsaraan yang dilalui. Wuwuwu~



Mendengarkan permasalahan yang telah diceritakan oleh kakak kakak nya, Puteri Bongsu telah bertekad sebulat penyepak/bolasepak telah beriltizam untuk membantu mereka untuk menyelesaikan kemelut ini. Beliau telah merancang untuk membuat pertemuan di antara Puteri Sulong dan Puteri Tengah dalam diam-diam agar dapat duduk semeja untuk berbincang  dari hati ke lutut :P akhirnya rancangan ini telah berjaya dan Puteri Sulong dan Puteri Tengah telah pun berbaik seperti sediakala. Mereka tidak lagi meminggirkan Puteri Bongsu malahan telah melantik Puteri Bongsu sebagai pengutip durian belanda tatkala mereka berdua memanjat dan memetiknya.


kami adik-beradik sayang menyayangi antara satu sama lain :D

Namun satu perkara yang tidak dijangka telah berlaku iaitu Putra Merah telah datang mengadap Raja Windoyono Palempangkau dan Permaisuri Sumandoto Kucepukkang untuk melamar Puteri Bongsu. Beliau bersungguh-sungguh menyatakan hasrat hati ingin memperisterikan Puteri Bongsu lantaran telah terjatuh cinta semasa mendengar suara si Puteri Bongsu bergurindam di hutan. Pada masa itu beliau sedang berehat sebentar bersama kidkad semasa memburu dinasour. Awalnya, Puteri Sulong dan Puteri Tengah berasa seperti ditiikam dengan pisau razor ketika mendengar perkhabaran itu namun, mereka tekad tidak mahu bergaduh lagi demi lelaki. Cukuplah. Lagi pula mereka beranggapan Puteri Bongsu seorang gades yang baikk sekali dan berhak untuk hidup bersama Putra Merah.


Akhirnya Putra Merah dan Puteri Bongsu selamat diijabkabulkan. Mereka hidup bahagia disamping keluarga tersayang dan tidak lupa juga bersama Debab. Tiada lagi istilah budah mentah yang dilemparkan oleh Puteri Sulong dan Puteri Tengah kepadanya. Kerajaan di bawah naungan Raja Windoyono Palempangkau dan Permaisuri Sumandoto Kucepukkang bertambah kukuh dari hari ke hari dibantu oleh menantu tergagah Putra Merah. THE END~



Moral of the story. :
Jodoh bukan di bukan tangan kita tapi di tangan Tuhan
Air dicincang tak akan putus
“lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya”
Lain-lain tambah sendiri oke (:


Psssst : aku tahu aku suka merapik kan? Terima kasih (--")
 







Friday, June 17, 2011

Bawal Oh Bawal


Assalamualaikum (:

Malam nieyh aku rasa buhsan yang amat. Habis buku-buku motivasi ku baca buku  ilmiah pula aku selak (sandiwara) Kendian, aku belek belek folder pictures yang ada dalam lappy aku nieyh. Belek punya tilik sekali aku jumpa satu folder yang memuatkan pictures aku pakai tudung bawal masa belajar dholo-dholo. Ouh sangat teruk ya, sungguh kali ini aku tak tipu. Aku dengan sebulat hati nak juga cerita pasal tudung bawal ini eventho aku sedar aku tak secantik wanita-wanita yang ada kat luar sana. *kalian patut bersyukur tahuuu (: so sudah jelas lagi terang seperti lampu spotlight lar kan tajuk entry ini tiada kaitan dengan ikan bawal yang masih hidup sihat walafiat berenang-renang di air mahupun yang telah selamat menjadi gulai pedas menjadi kegemaran perut yang berdondang sayang. Bawal yang ingin ku kongsikan di sinilah  ialah tentang sejenis tudung. Semua orang pasti tahu akan kewujudan tudung bawal nie kan even lelaki? (tentulah kami tauuu!) Bagus. Anda mempunyai pengetahuan dalam bidang pertudungan yang sangat mendalam T.T

Sebelum ledakan fesyen bertudung berkembang dengan pesatnya, tudung bawal adalah merupakan pemangkin kepada pelbagai jenis tudung yang terdapat di pasaran sekarang *err. Setahu ak lar -.-“ maka aku juga tidak ketinggalan dalam pemakaian tudung bawal ini . . TETAPI . . malangnya si perempuan tepung gomak ini tidak lah se-ekselen kalian dalam memakai tudung bawal dengan kemas dan cantik. Sila kesian T.T namun kewujudan pelbagai bentuk dan jenis tudung ekspres seperti tudung ekin banyak membantu aku untuk menjalani kehidupan normal sebagai perempuan bertudung dan tidak lagi comot, serabut, selekeh dan bla bla bla . . * Membebel sambil sirih gambang ditonyeh-tonyeh pada gigi yang sememangnya kuning -..- penghasilan selendang yang bervariasi pula merancakkan lagi dunia pemakaian tudung dalam kalangan wanita tidak mengira peringkat usia. (ayat karangan SPM) Wewitttttt :D

Sangat menjeleskan hati dan sanubari ya tatkala juring mata melihat si perempuan –perempuan cantik di luar sana dengan begitu kemas dan ohsem sekali melilit tudung bawal di kepala. Anda hebat. Syabasss inpektor sahab! Oh ya, berbalik kepada cerita asal. Aku nak juga tunjuk pictures merapik aku tueh. Siapa-siapa yang ada sakit jantung, lemah semangat kencing manis mahupun darah tinggi or darah rendah aku nasihatkan tak payah  tengoklah  takut penyakit korang tueh makin melarat-larat. Wuwuwu T___T




g">
Tudiaaaaaaaa.. tudiaaaaaaaaaaa. Siapakah gerangan perempuan ini. Nampaknya beliau menghadapi permasalahan serius dengan pemakaian tudung bawal. Mintak penadol aktip 5 pak cik *nama beliau terpaksa dirahsiakan demi menjaga hati semua pihak T.T





Ok. Tudung yang menggelembung sangat tidak statik dan tidak kemas. Untuk penilaian selekeh gambar ini berjaya memperolehi markah penuh. 5 star! *clap clap*



 
Haha. Eventho buruk pun aku nak jugak  snap picture pakai cermin bagai kan. Thanks Marliniey kasi orang pinjam phone. Harap phone Marliniey tak retak seribu lar yerk. Huhu~


But most of all picture nieyh paling cantekkk. Memang tak boleh lawan larh. Tak caye? Tengok lar dengan mata kepala korang sendiri :D

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











Terima kasih kerana tak berhenti-henti scroll down bolatkan mata baca entry nieyh. Ouh, anda sangat cool! :D




Sekian. Bye! 













Psssst : Cantik sungguh kan gambar aku yang last tueh kalah mak Jenab nak g bendang. Lalala (':

Thursday, June 16, 2011

Assalamualaikum (:







Hari ini aku saket. Demam lebih kughang. Badan badan rasa panas semacam. Kepala pulak berat sangat rasa macam ada kayu balak duk bertenggek dengan gagah sekali yang lembik cuma aku. Yer semalam hujan lebat dekat ghumah aku. Memandangkan ghumah aku tueh tanah dia macam rendah sikit, cepat bebenauuu encek air bermaharajela depan ghumah aku. Maknanya depan ghumah aku dah kotor dengan segala macam tanah pasir simen kayu batu bata mozek bangkai biawak  duk tumpang (tipu). Aku dengan sebagai seorang anak yang sangat bertanggungjawab dan tak nak menyusahkan ibu bapa tanpa berfikr panjang terus mencapai sabun bayozip dengan penyapu yang dah patah kat dapur. Dengan riang ria raya nya aku duk tabur sabun bayozip tueh depan ghumah pastu duk tonyoh-tonyoh lantai sambil tertonggeng-tonggeng. Nasib baik jiran sebelah tak nampak kalau tak maybe dia pun naik heran  yang menyapu tueh dewi ke ayam belanda. Lebih kughang je rupa. Cisskek larh kan. Haha.





Masa tueh hujan duk nyanyi bila aku sudah turun (sudah tiada) err . . maksud aku dah reda sikit turun pun rintik-rintik je tonyohan aku ke lantai pula bergelora-bergelora. Anak-anak sedara aku, pun aku ajak mandi depan ghumah je. Sungguh tak senonoh lar kan dapat bonda *dorang panggil aku bonda* macam aku nieyh. Ku jirus-jirus ku siram –siram anak sedara aku 2 orang tueh yang duk terkinja-kinja dapat bermain air tanpa seurat benang pun. Cantik betul pemandangan time tueh. Haha. *just kidding*





Bukan salah aku kalau aku berat sikit bab bab nak mandi nieyh. Yelar aku pun lahir tahun kambing gurun kan. Haha. Mak aku dah pungpang pungpang membebel macam guruh kat langit suruh aku mandi. Tapi dengan muka tak bersalah nya aku jawab tak nak mandi lagi, bilik air gelap tak ada api (electric) mak aku pun cepat-cepat nyanyi lagu rumah terbakar panggil bomba . . bomba datang berlumba-lumba. Haha. Aku tipu! Mak aku siap kasi lilin lagi taruk kat bilik air suruh aku mandi. Katanya banyak kuman bakteria kat badan tueh dah kotor sangat duk menyapu depan ghumah. Yer yer memang aku close gila dengan bakteria nieyh sebab nama aku pun Teria Dewi kan? Boleh cakap camtu tak? haha. . *lempang sedas sebab suka mencarot maksud aku mengarut.





Padahal electrik ada je cuma suis utama da tersentap. . tersentap? Ah gasak. Mak aku duk intai-intai ghumah jiran sebelah tepi kiri kanan semua lampu ghumah doghang duk terang benderang. Lepas hasil kajian mak aku terhadap suis utama elektrik ghumah kito orang . . tinggg lampu pun menyala dengan silau nya. Cis memang aku tak boleh nak kelentong tak nak mandi lagi lar kan? Bhahaha.





Macam biasa lar kan malam tueh aku tidur lewat. Buat apa ke jadah pun aku tak tahu lar sampai 2 3 pagi baru aku tidur. Tueh mata tak berapa nak lelap duk pusing kiri kanan. Tapi  malam tueh kalau aku tahu ada Edward Cullen nak masuk dalam mimpi aku memang pukul 9 aku dah berdengkur dah. Paksa mata pejam rapat-rapat. Kalau tak boleh tidur jugak aku telan hubatpengsan. Haha *sungguh tak releven ini perempuan (--“)





Alih-alih bangun pagi je kepala dah berat badan dah panas ( nonit to mention lar kan aku bangun pukul berapa, hak hak hak) tekak pula rasa sakit nasib baik suara tak berubah macam Ramli Sirap/Sarip kalau tak  mahu jugak aku buat recording barang sejam dua. Seharian rasa tak semangat. Muka pun dah macam ayam berak kapur barus. Anak-anak sedara aku pun aku layan tak layan je. Tapi hariz tueh suweet je. Aku ngadu aku sakit kepala dia pun bonda sakit kepala? Buat buat tanya pula pastueh dia dengan baik hatinya terus picit-picit kepala aku. Untuk pengetahuan korang dia baru berumur pattahun. Apalah sangat kudrat kecik macam tueh kan duk picit picit kepala aku nieyh tapi tiba-tiba rasa terharu. Mana tak nya, biasa perangai dia nakal sangatttt tapi hari ini dia berkelakuan baik. Ouh. Terharu lar macam nieyh. Huu~





Petang tueh baru aku telan penadol dua biji. Biasa kalau aku demam aku jarang sangat nak telan ubat kunun kuat gagah perkasa boleh bertahan. Puiiii. Jumpa doktor? Haremmmmm. Dholo masa kecik-kecik kalau aku demam pastueh ayah aku sibuk duk ajak pergi jumpa doktor . . hah time tueh jugak lar aku boleh melompat – lompat joget lambak depan dia. Punya lar nak cakap aku dah sihat tak payah jumpa doktar dah. Haha! Masa aku sakit kat Kuantan dholo pun aku lari camtueh je lepas hamek darah kat hospital padahal nurse tueh cakap pasnieh awak jumpa doktor semula ya. Haha. Kiamat lar kan aku nak pergi ngadap balik doktor perempuan tueh dah lar garang nak mamp. Hamek darah pun kemain sesedap rasa nurse tueh duk cocok urat tangan aku nieyh. Kalau ikut hati lama dah aku nak nanges depan nurse tueh memperlakukan aku sedemikian ghupa. Haha. Kesian cik sapini and gegurl chubby yang bersusah payah pergi heret aku kat hospital. Siyes aku cakap . . terima kasih lar kawannnnnn. Korang memang terbaekkk *laung kuat-kuat*





Lepas telan penadol tueh ayah aku sibuk duk ajak anak-anak sedara aku pergi merempit hirup udara petang. Mak aku duk tanya . . Hariz nak makan beger. Pergi hekot atuk naik motor. Tapi jelas lar kan memang aku dulu yang menjawab . . nak beger! Nak! Haha. memang aku lahir tahun kambing gurun tapi selera aku macam gajah bunting. Demam demam pun habis beger sejibik siap rembat yang anak sedara punya lagi. Gila teruk kan? Haha tak apa ayah aku beli banyak tahu anak perempuan dia nieyh memang penggemar lemak dan selulit. Larhhh? Haha T.T





Tapi kan tapi kan . . aku pernah dengar orang cakap yang sakit tueh penghapus dosa. . so aku tak nak lar  merungut *yelar tak merungut*. Aku tahu aku ada banyak dosa. Baru dugaan seciput nieyh tak akan aku nak meraung melolong. Cuma aku harap dapat cepat sembuh boleh ketawa-ketawa cam syaitonn lagi. Urgh. Salah ea?





Aku rasa memang tak sah lar kan kalau aku hapdate belog buat entry tak letak gambar-gambar hengusan aku tueh. Haha. layan joh lar yerk. Lalala *jogetjoget*






 
Memang muka tulus eclas tanpa sebarang bedak. Tak sempat nak lilit selendang bagai lilit tuala busuk sudah janji tutup kepala. Demam-demam pun sempat buat muka gangster tangan tueh ber-peace bagai tak boleh blah. Airbag yang duk bertenggek kat mata  sangat mengganggu pandangan senang cerita burok! *pose wa-demam-tapi-wa-tetap-gengster-bhai. Haha! :D


 
Nieyh lar muka ala ala katak/kodok panggil hujan semalam. Gelembung semacam. Wuwuwu (--")








Terima kasih kerana tak berhenti-henti scroll down bolatkan mata baca entry nieyh. Ouh, anda sangat cool! ;




Sekian. Bye! 

Psssttt : kalau orang demam memang makan banyak taip banyak-banyak macam aku heh? Wakaka :D

 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...