Kanda Dinda

Friday, July 29, 2011

Mari membelit pashmina: alhamdulillah setakat nieyh tak tercekik lagi.


Assalamualaikum ^^

Hello gurlprens and handsome boys out there!!


Are ready guys? Lets makes some noiseeee! Howyek. Louder. Louder! I cant hear youuu*



Tanggg. Hantuk kepala sendiri dekat tiang letrik. *apa kau ingat ini concerto de amore rosalinda ayam penyek ka? Tak soda diuntung betut -___-

Ehem

Ekceli nak share pasal pashmina. Syukur ke hadrat Illahi sebab aku masih hidup and tak menjadi arwah lagi setakat nieyh semasa percubaan membelit pashmina. 


Naseb baek tak tercekik -____- ouh Allah memang Maha Penyayang. Tak perlu di persoalkan. Alhamdulillah (':





dedomel ta baby belit selendang macam nieyh. Ittew boad sukew sukew jeww. Awak sukew tak niww hikhikhik *senyum comey kunun* 


herot berot mulut aku nak membaca caption kat atas tueh. Sila jerukkan mulut aku dengan sambal belacan kerana begitu berani mati bercakap dengan nada "lemah gemalai" sedemikian rupa. Memang betul nak minta tapak kaki punya gewdikxx nak mamp (--") 


Maafkan keterlanjuran bahasa aku kawan-kawan.


So apa pendapat korang? oke ta? First time belit pashmina sedemikian rupa. Usahkan kan peluh jantan menitik, ketiak pun dah bau masam lantaran terlalu lama membelit. Panas T__T



psssttt : memang aku sengaja letak picture besau gedabak nak suruh orang yang tengok gambar aku trauma sepanjang hayat. -___-"


Sekian ^^





Thursday, July 28, 2011

Bulatt buat doodle untuk shoutbox saya. Huraaa! :D


Assalamualaikum ^^



Pagi tadi aku bangun sambil menguap macam hippo siap nganga seluas alam sambil tunjuk gigi busuk sebab tak mandi and gosok gigi pakai kolgato lagi. Memang kalau lalat lalu depan aku time tueh, boleh kena santau and meracau zzz zzzz zzz kendian jatuh mencium tilam. Maka sejurus selepas itu boleh lah miscall dekat geng lalat, tungau, langau, nyamuk dan jentik-jentik untuk membuat bacaan tahlil kepada si mangsa secara muafakat. =__="


Kendian aku online tengok belog aku yang berhabuk bersesawang dah lama tak hupdate. Abuba chaks! eh comelnya shoutbox aku. Dah ada doodle pakai selendang ber-blusher bagai. Tiba-tiba mata yang terbukak sekadar cukup syarat dah terkangkang luas sebab eksaited! Muahahahaha *gelak dengan penuh nafsu serakah kegembiraan* ^^

#
#
#
#


Ehem. Ini muka dah siap mandi oke. Siap diplaster dengan bedak lapan inci, maka tercipta lar muka tepung gomak sebegini T__T Haruslah membuat pose perasan kerana gembira. Ouh insan yang berhati tulus mulia membuat doodle aku tueh tak lain tak bukan mestilah Bulatt

Dia memang rajin yang amat nak melayan kerenah aku yang entah apa-apa. Terima kasih Bulatt, sebab tak pernah belacan kan mulut aku sebab banyak songeh (':

Ouh ye. Ingat lagi masa aku nak cari tutorial doodle ni nak bagi kat Bulatt aku duk meroyan tak sudah-sudah sebab lupa link. Naseb baek dia tolong aku cari link tueh and in the blink of eyes sahaja panggg . . dia dah jumpa link tueh. Memang aku loser sejati.


 Kadang-kadangg otak beku gila sampai tak mampu berfungsi dengan lancar T__T

 Alih - alih aku pergi dapur tibai makan nasi dengan lahap sebab geram, Bulatt aku tinggalkan terkontang-kanting suruh dia buat doodle nak pakai selendang lar, nak bunga-bunga lar, nak reben-riban lar.


 Memang perangai aku macam reban ayam. Busuk Y__Y


Ekceli Bulatt baru start belajar buat doodle nie tapi nampaknya dia dah boleh buat dengan baik kan? but there's always rooms for improvement. Go go Bulatt. :D

Lepas nie aku nak suruh Bulatt buat doodle untuk aku pakai baju pengantin meleret 40 meter sejam macam isteri Prince William, Kates macam kat wedding diorang hari tueh. 

*Iya dah tergambar di minda aku Bulatt duk pegang lesung batu nak hantuk kepala aku* (--")


Psssttt : boleh lar tinggalkan tunjalan kaki anda lepas belogwalking kat belog aku nieyh kat shoutbox baru aku tueh. Baru lagi oke. Sangat harum baunya -___-

TQVM Bulatt ^___^





Tuesday, July 26, 2011

I'm crying inside because IMYDM. But you'll never know. (':

Assalamualaikum (':


I'm crying on the inside but nobody knows but ME (':



Three words for you. I miss you. 


Love hurts baby (':



Thinking of you . . . . .  but you never cares.




I am who I am

I'm not pretty 

I'm not hot

I'm not good in making you happy

I am nobody











but 


I will always love you.


THE END~




psssttt : I leave you free but you're mine (':

Friday, July 22, 2011

Contest shawl dan aku : Jom pakat join ramai-ramai :D

Assalamualaikum (:

Hari ini pintu nurani aku terbuka sebesar alam nak join satu contest yang sangatsangat menarik kau memang the rock! smackdown Y__Y

First time masuk contest shawl rasa nak buat press conference depan kaca tv tak lupa juga nak interframe frontpage akhbar metro edisi khas. *pang sedas* T___T

Toksah cakap banyak jom kita pakai usha contest ni sampai juling. Sebelum tueh, pergi cari kacang cap tangan dholo kat kedai Pak Manap :D





  • follow ??? <--- korang tak yah follow pun takpe,..up to you darL..
  • buat satu entry berkaitan contest ini ...link dekat yuhuu after that..
  • letak pic korang bershawl..(pakai shawl) (kalau bole yang stylo)
  • korang boleh letak seberapa banyak pic pun..
  • letak sekali banner contest dlm entry oke!!!
  • that's it.. itu je,.. mudah kan,..???!!
  • due date is 15/8/2011 ( ada masa lagi)
  • pemenang akan dinilai oleh juri dan yuhuu sendiri..not random !!
  • hadiah ???!!! berkaitan hari raya..consists of :
    • 1st prize
    • 2nd prize
    • 3rd prize


Dah baca syarat penyertaan? sangat mudah, tepat dan padat kan (?) nah sekarang korang boleh sumbat kacang 'tueh dalam mulut sekarang bertepatan dengan pengungkapan orang klasik yang sering cakap *senang je nak buat macam makan kacang* oke. bagus. Dah dapat ilmu baru hari ini U__U


Suka point no 4 : Korang boleh letak seberapa picture pun (sila baca point ini dengan imaginasi tulisan Caps LOCK)


Nah. Lambakan picture shawl yang aku taruhkan sepenuh jiwa raga bakul sampah.


Gambar #1



dari depan : pakai selendang pashmina dengan subang bagak besau nak mamp memang sangat mencabar mentaliti aku. berjaya memakai pashmina sedemikian rupa rasa seolah-olah berjaya menjawab soalan Addmath tahap SPM  T__T

snap picture dari jarak yang jauh sikit : tadaa. atas kepala pakai skarf rambut bereben. kadang kala terasa seperti ikan flower horn. ah maybe lebih tepat pokok krismas /balak bergerak kot! erkkk?


Gambar #2



aku pakai dua shawl. satu shawl biasa yang berambu warna merah. satu lagi shawl segi tiga yang ada bunga tiga kuntum seperti dalam gambar busuk di atas. Belitan di buat sesuka hati asalkan tidak membawa kematian akibat tercekik. Atas kepala pulak aku pakai headband yang disilangkan. Inner manik sengaja aku guna nak kasi nampak lebih 'hot' haha T__T Aku  nak namakan fesyen nieyh pakaiselendangdengantamakhaloba. Y__Y


Layan posing perasaan jap. Nah baldi! muntah lar. aku halalkan U__U







Gambar #3



Ni masa fest time aku pakai pashmina. AGAIN aku belit suka hati. baru balek kelas dan cuba sedaya upaya untuk pakai pashmina dengan subang bagak padahal baju kurung masih tersarung kukuh kemas dan konkrit di badan. Picture ini busuk, terima kasih webcam Acer kerana tidak berupaya mengeluarkan bau-bauan. Rasa sangat beruntung. keh keh keh (--")


Malamnya waktu BBQ sempat berpose ala-ala manusia jadian (?) nah!








Bila korang dah buat semua steps yang disuruh sila link kan dekat si penganjur contest yang sweet muet ajak aku join contest ni tak laen tak bukan Yanie kayangan. Mudah bukan? Oke boleh kunyah kacang kalian buat penghabisan nya. ^__^




psssttt : Apa lagi gurlprens sekalian. jom lar join. Tak rugi lar wa cakap lu. uhukkk. Nak pergi minum air lah. Dah tersedak ralit sangat makan kacang nieyh. oke. Tata =P

Wednesday, July 20, 2011

Keracunan jering *rasa mahu pitam dan pengsan dan koma seumur hidup T__T

Assalamualaikum ^__^


Hari ini aku nak mengadu domba dengan korang semua. Tak kira, nak mengadu juga kalau nak mengadu dengan pihak polis nanti tak pasal-pasal kena lempang atas kesalahan membuat aduan yang menjengkelkan. *kejam T__T



kena lempang dengan pak polisi kepala dah senget dalam anggaran 36 darjah. Y__Y
sebelum kuar rumah hari ini, sempat lagi aku menggoda encek acer webcam supaya menahan sendawa untuk mengambil picture busuk aku barang sekeping/tigakeping/empatkeping bla bla . . . *mulut terjuih-juih* T__T






Makan tengahari kemaen bernafsu serakah makan jering muda, ada orang bagi. alih alih aku muntah empat kali lepas tueh duk ulang alik pergi toilet. Saja nak cek tandas bersih ke tak *apakah* padahal malu nak mengaku sakit perut T___T mak aku cakap aku dah mabuk jering. Mabuk jering tidak termasuk dalam kategori dosa besar dalam hukum Islam *naseb baek* tapi muka aku sekarang dah pucat gila mengalahkan wajah mayat. sob sob sob *tarik nafas dalam dalam*


Ini muka gumbira, sehat, cerdas, bebas penyakit berjangkit. Senyum kemaen lebar kalau boleh mahu rabak telinga nak senyum . . tapi selepas kejadian pahit menghiris kalbu angkara jering durjana aku telah bertukar wajah menjadi . . . . 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


sebegini 


ia aku telah selamat bertukar menjadi bunga raya bunga kebangsaan kesan sumpahan uencik jering. T__T
*pengarutan yang melampaui tatasusila lantaran mahu menagih simpati orang ramai* tapi kenapa bunga raya? sebab bunga raya bunga kebangsaan larh! lagipun tak lama lagi nak puasa lepas tueh RAYA! keh keh keh =___="


Mana Bulatt dengan Hawa nieyh. Nak pergi pinjam tudung nak lap air mata dengan hengus meleleh kat pipi =P


p/s : korang ada tak petua nak 'tawarkan' keracunan jering nieyh? tolong bagitahu aku puh-lisss +___+. Ugutan dan amaran untuk encek jering , jangan berani berani kau nak tumbuh subur depan mata aku. Aku tebang jugak kau karang pakai pisau pemotong daging gajah! *bercekak pinggang* D__D



Tuesday, July 19, 2011

Bersyukur apa ada nya : ALHAMDULILLAH ^__^

Assalamualaikum (:

Alhamdulillah . . alhamdulillah  . . alhamdulillah 

Kita sebagai khalifah di bumi milik mutlak ALLAH S.W.T. jarang sangat kan nak bersyukur dengan apa yang kita ada? selalu merungut selalu tak puas hati selalu mahu gaduh-gaduh padahal kita tak sedar betapa banyak nya nikmat dan rahmat ALLAH S.W.T. telah curahkan kepada kita. *tak usah kau nak kira pakai calculator saintifik nikmat yang telah diberikan, memang SYNTAX ERROR lar jawabnya T__T*


Nah, apa kata kita perbanyakkan ucapan Alhamdulillah dalam kehidupan seharian. Tak rugi pun dan tak susah nak sebut melainkan kau memang ada masalah lidah tergeliat, mulut jadi pencong pencang, lepas itu bibir menjadi cair sebaik sahaja menyebut perkataan alhamdulillah. Y__Y  Alhamdulillah bersyukur dengan segala apa yang kita miliki




Nah todiaaa antara manusia yang tidak pandai bersyukur. Dah elok bibir macam Siti Nurhalilintar 'comel' dan 'sweet' masih mahu berlagak gojes mahu meniru bibir Angelina Cholie. Sungguh keitik-itikan. Ah sangat sesuai menjadi ugly duck dalam cerita dongeng. Y__Y

Alhamdulillah :

Aku masih bernafas hari ini
Aku masih mampu menghirup udara segar milik MU YA ALLAH
Aku masih mampu menikmati hidangan enak untuk mengisi perut gajah bunting
Aku berupaya melihat, mendengar, mendengar, merasa dan menaip untuk entry ini (pancaindera)
Aku masih mampu merasai nikmat sihat


Pendek kata Alhamdulillah untuk semua nikmat yang kau limpahkan. Aku bersyukur pada MU YA ALLAH TUHAN MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG (':


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ALHAMDULILLAH

Eh masih tak tahu bersyukur kah hang duk buat muka buntal kena pam? (--")
Ah bukan begitu, tuan belog ni memang gini perangai diaaaa. 
Mintak ampun jangan sebat montot aku =____=



psssttt : baca entry nieyh pun korang dah banyak bersyukur sebab korang asyik sebut alhamdulillah. aummm ^__^







Monday, July 18, 2011

Bagai mendapat air sekawah di padang pasir : BERTUAH :D

Assalamuailaikum :D
Hello kring kring ladies and gentemen!


Meh nak tanya banyak. Anda pernah pergi padang pasir? pernah rasa dahaga gila? pernah rasa kering kontang? pernah makan kurma yusop takyob? (?) lepas tueh tiba-tiba dalam keadaan yang tengah ketandusan air tueh korang gedebukkk jatuh dalam kawah gulai nangka campur pucuk pegaga (apakah Y__Y) . . tak! tak! maksud aku sekawah air yang sejuk segar putih jernih sebersih air mineral cactus?

Iya aku pernah dan sedang menikmati kesejukan itu sekarang malahan tengah ralik berendam seperti badak berenang (?) (maaf hiperbola aku memang melampaui batas norma-norma kehidupan) T__T


Betul lar kata orang buat baik dibalas baik buat jahat jom masuk court aku dakwa kau di bawah  Akta Jenayah 302 Kanun Keseksaan sabit kesalahan gantung sampai arwah. Kalau anda tidak arwah pun montot anda pasti sudah bercorak batik canting kesan sebatan. *berhujah dengan penuh yakin* =__=


Abaikan peribahasa aku tueh. Adik-adik yang bakal menghadapi SPM jangan sesekali menggunakan peribahasa berkenaan bimbang takut aku dijatuhkan hukuman penjara sampai pengsan lantaran membawa ajaran sesat kepada orang ramai (lantaran? keh keh keh) 


Masa aku belogwalking . . aku ada terjumpa dengan insaniah insaniah yang baik hati, peramah, sweet (sila tambah 3 atau 4 lagi sifat-sifat mahmudah) dan sporting. Tak pernah kenal tak pernah jumpa tapi maseh boleh beramah mesra. Sangat terharu. shurpppp ** lap hengus >.<

Picit sini dengan yakin :P tuan belog ini sangat lar comel dan mesra alam. Bolehlah membuat perhimpunan secara besar-besaran di sana. *dijamin tak akan ditangkap dek pak polisi* Jangan lupa follow budak cute miut tueh insyaALLAH dia akan follow korang balek. ehem. Kalau nak komen lagi lar dialu-alukan. Tolong beliau bagi tips nak tambah berat badan. (Hawa, dewi tak mampu  nak bagi tips tapi kalau nak bluetooth lemak Dewi kat Hawa boleh? ) keh keh keh ^__^"



Nah ini sorang lagi ghades berlapang dada, ringan mulut dan ringan tangan sebab sudi tegur-tegur aku. Tak cukup dengan itu  si baik hati nieyh telah masukkan nama aku dalam list Hero and Heroin *beloglist*  beliau.  Terharu lar macam nieyhhhh. shurppp ** kesat hingus kali kedua. Sila terjah belog mereka dan buat lar minggu icebreaking secara berjemaah. Tegur-tegur dengan ramah pasti akan dibalas dengan sebaik mungkin. *eceh* ^___^




Tampal sedas picture aku kat entry nieyh. Trillion thanks to those sweet girls yang mampu buat aku senyum sepanjang hari. Terima kasih jugak untuk Mr. Kodok hijau sebab memberi inspirasi kat aku untuk membuat pose sedemikian. Eh Encek Ikan Buntal pun patut diberikan pujian. Oh pendek kata terima kasihhhh semua *gaya Alleycats*




psssttt : siapa-siapa yang datang jengah, follow. comments or whatsoeva kat belog berhawa dingin aku nieyh insyaALLAh aku akan balas balik. Cuma cepat atau lambat sahaja oke darl. Ah, sejuk pulak air-cond nieyh. nak pi switch off jap. Tata. =P

Sunday, July 17, 2011

Encek sedih boleh pergi maen jauh-jauh tak ?

Assalamualaikum (:



oke sumpah ini bukan muka sedih . . sangat tak berkaitan dengan tajuk entry. Sudah jelas sejelas nya ini muka minta pelangkung dengan kasut saiz lapan! saja mahu letak picture ni nak kasi korang annoying. kah kah kah T__T malam karang kalau langsuir datang nak berkenalan dalam mimpi lepas tengok picture busuk tak soda diri aku nieyh aku minta maaf awal-awal dari urat sendi pertama sampai lar urat sendi yang terakhir oke.*tertunduk insaf* U__U

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

korang pernah makan rojak? nah ini lah perasa rojak terbaek pernah aku makan. tacing sedih geram kecewa terkilan bengang (bak kata Akim AF) tambah dengan makan hati berulam jantung cicah darah. aummm. marbeles! nak try? haha T__T rasa nak pergi perkampungan orang asli dan menuntut ilmu sumpit menyumpit dengan Tok Batin. Mahu sumpit-sumpit itu orang lar. keh keh keh Y__Y Nak kasi hadiah senapang gajah atau meriam buluh kat aku pun boleh, kita kasi tembak dan meriamkan insan itu terus secara berjemaah. muahahahaha *gelak syaiton nir rojim*


Meghoyan sorang-sorang. Tacing sorang sorang. Tak ada orang nak pujuk. Aku dah naek kesian dekat diri sendiri lapan kontena angkut barang dah nieyh. Heh, beliau cepat lar pujuk aku . . lempang kang. =___="



pssstttt : semalam belogwalking. teruja dapat berkenalan dengan rakan blog yang baek hati mahu tegur-tegur dan komen komen. TQVM sweetieee. aummmm ^___^

Friday, July 15, 2011

Word Of The Day : Tacinggg )':


tacinggg T__T
mahu mogokmogok
mahu buat banner tacing
mahu buat perhimpunan ber (ouh ini tidak sama sekali)



p/s : iya tak apa. buat lar apa pun. tak payah bagi tahu aku dah. siapa lar aku ni kan . . hanya melukut di tepi gaung yang bakal jatuh ke lopak air bunga teratai. bluekkk!


Thursday, July 14, 2011

Aktiviti berjimba-jimba di Kuantan masa dholo-dholo. *wendu*

Assalamualaikum (:

This entry contains a lot of pictures. If you have critical disease it is advisable for you to make sure your medicine can be easily reached by your hand. * It is for your own good dear. Trust me (':


Dah baca dah pesanan tulus ikhlas suci murni minyak seri Haji Naik Motor nak pergi surau? Dah faham dengan kontrak perjanjian? Oke. Sila turunkan tandatangan T__T. Karang kalau ada yang pengsan bangun pengsan bangum mengigau meracau kena jumpa dukun desa indah permai lepas tengok entry ini TOLONG jangan saman aku dekat court! (--“)


Ekceli aku nak cerita aktivti aku dholo dekat Kuantan. Serunuk gila kot! Belajar tak sangat shopping, buang masa, lepak, sewa kereta round Bandar Kuantan lepas tueh rompak bank  sedekah kat anak-anak yatim je yang lebih. Oh yang rompak bank bagi sedekah anak yatim tueh aku tak buat. Terpengaruh dengan cerita Robin Hood je tueh, curi harta orang kaya yang jahat lepas tueh bantu orang-orang miskin. Rasa cool kalau dapat jadi superheroin kan. U___U See. Pengaruh cerita memang kuat! ( Thank GOD my mom do not know how to blogging or if not I will be lectured by her for being such a naughty girl ) haha :D




Senang cerita layan je lar pictures kat bawah ni. A single picture can describe thousand words. Tak gitu? *eceh* 


Ainun dengan Syafini tengah bersiap siaga nak jalan-jalan cari pasal 


Heroin Robin Hood dah ready nak serang bank-rupt. Dalam beg penuh dengan senjata tajam dan berbahaya seperti pengetip kuku, gunting rambut pokok paku pakis dan belimbing besi. Y__Y


Pergi pasar malam lepas tueh Cik Ainun ajak pakat beli kek untuk celebrate belated birthday Cik Sapini *. Susah gila nak nyalakan lilin sebab duk tepi pantai angin kuat. *Encek angin kau ingin kau je ke boleh gerak kencang-kencang? kita orang pun boleh berangin tahuuu. ehem T__T HB Sapini!


Edisi suap-menyuap kek Secret Recipe 
*eh bukan ke tadi mention beli kat night market?*
adeh. kantoi. haha. anggap je lar tueh SR punya kek oke.


Tak kira apa jenama, berbeza warna mahupun bentuk rupa paras kek itu kita tetap satu bangsa. satu Malaysia *suddenly T__T






Sila fokus dekat tapak tangan oke. Tak ada air nak basuh tangan lepas makan! Grrr.
Eh kantoi tak basuh tangan masa mula—mula nak makan tadi* muahahaha 
(guna air batu mula-mula tueh )


Dapat buat peace sebelah tangan sahaja. Hajat nak buat dua belah tangan
 boleh buat gaya tanduk rusa masuk kampung letak dua belah tangan

atas kepala sambil ber peace.Tapi apakan daya . . Yang sebelah lagi
 tangan dah macam Parkinson. haishhh +___+


Nampak tak air puteh puteh seputeh salju tueh? iya. air tueh lar aku guna kan
 untuk basuh tangan buat sementara waktu. darurat kot! *alasan* muahahahaha


gedik -- aku tolong cakap bagi pihak korang. jimat kan? Y__Y
oke dah kenyang makan jom pergi jadi kutu rayau pergi lepak tempat lain pula (':


Howyek! pergi jalan-jalan dekat Benten *eja macam mana aku tak tahu* 
tengok orang karok. hajat di hati nak juga menyanyi barang sealbum 
dua lagu tapi kalau suara takat Siti . . . Sifir baik tak payah kan.
 Sebelum kau kena baling dengan kasut cap buaya tembaga dekat atas dahi
 baik kau pergi makan jambu cicah budu. &*(^(*%&^$



Puas round-round dekat Benten pergi TC pula. *Teluk Cempedak*
duduk bersantai manjakan montot kat atas pasir sampai badan gatal-gatal lepas tueh balek (:
*nasib baik tak kena kurap*


Morning. Pagi tueh sambung balek aktiviti mentawaf Kuantan.
Kali ni arah tujuan mahu pergi tempat air terjun pula :D





bersemangat waja nak sampai dholo dekat air terjun. jalan depan sekali
 tak pandang kiri kanan depan belakang atas bawah dah.


Air terjun Panching! sampai dah pun.F.I.N.A.L.L.Y *mata bersinar-sinar*



tibalah aktiviti di nanti di idam lagi di impi . . mandiiiiiiii air terjun :D







sejuk gilaaaa kot air dia. segar sangat. Sapini mandi kejap je dah sibuk ajak 
aku naik tukar baju. eh eh. tak hendak tak mahu tak ingin! Aku nak mandi sampai 
keras kejung. hahaha. 


Bila jari-jari dah mula kecut, bibir da start biru perut mula menggigi
kesejukan dan kelaparan akhirnya aku mengalah. naik tukar baju lepas tueh
 cari makanan. beli makanan banyak banyak banyak and aku mendapat kejutan budaya 
apabila mendapati gerai-gerai yang ada kat situ jual makanan mahal gila kotttt!
 mentang tueh je sumber pengisian perut yang ada. penjual ambil kesempatan pulak. urgh T__T



psssttt : sekali lagi rasa nak jumpa Doraemon minta mesin pemutar masa
 tapi buat masa ini aku hanya ada alat pemutar skru. D__D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...