Kanda Dinda

Wednesday, June 15, 2011

B.B.Q



Assalamualaikum (:



Hari ini rasa sangat bosan. Sudah habes mukabuku dibelek-belek tapi ternyata tiada apa yang boleh membuatkan gigi kuningku tersergam indah pada pandangan umum. Namun demikian, mukabuku jugalah yang menjadi peneman walau seribu kata nista dilemparkan tatkala beliau meloading loading. Oleh sebab itu, aku telah memilih untuk mencurahkan kaseh sayang kepada encek belog tempat jari jemari ku berjoget rancak. Untuk kali aku ini , aku telah membuat satu hasrat satu semangat satu tekad *bak kata moto plkn pula* ingin mengulas dengan lebih lanjut berkenaan aktiviti ku berjimba-jimba semasa berada di Kuantan dholo-dholo iaitu BBQ. Seperti biasa ceghita ini sudah lama, sudah kusam, sudah basi . . tapi hado aku kesah? Aku dengan tegasnya tetap ingin membuka pekung di dada kembali ceghita ini dengan penuh taksubnya. Harap maklum (:


Aktiviti ini sebenarnya telah dicadangkan dengan gagahnya oleh GENG RAHATH iaitu cik ayu yang comel dedomel, kak aina yang gojes, kak piqa sweet muweet, qiera kirana, cik ratu nur dan cik zaty cun melecun lesung pipi dalam sedalam tasek Chini*maaf kepada pihak yang tidak disebut lantaran si penari tinta pena ajaib ini mudah lupa* aktiviti ini dilakukan sekadar untuk mengeratkan simpulan silaturrahim yang sedia wujud dalam kalangan rakan-rakan seperjuangan. *gila semangat bebenau ;p



Sebelum aktiviti BBQ itu dijalankan pada waktu malamnya aku dengan penuh semangat berkobar-kobar balik daripada class mencuba sehabes daya untuk mengenakan selendang pashmina yang terpenah-penah ku jamah sebelum ini. Selendang ini percuma jew dapat masa pergi bengkel Grooming yang dianjurkan oleh jabatan course aku.*untung tak payah keluarkan duitkan. haha! So, saksikan aksi melampau ku bercamwhore selepas mencuba pashmina terbabit dengan rakusnya. Sila muntah oke (--")








Muka baru balek class. Baju kurung maseh tersarung kemas di badan. Rasa sangat beruntung kerana acer webcam tidak berupaya mengeluarkan bau-bauan yang meruap-ruap. Terima kaseh! Cubaan memakai subang bagak di luar selendang adalah satu cabaran terhebat pernah ku alami seumor hidop. haha! 



 
Mula- mula kita orang plan tak nak ber BBQ dekat Teluk Cempedak (TC) memandangkan cuaca yang tak menentu. Bimbang kalau-kalau hujan rintik-rintik ombak bergelora-gelora meranapkan impian kami untuk bergumbira. Namun takdir ALLAH Tuhan Maha Kuasa sewaktu dalam perjalanan ke tempat nak ber BBQ tueh ada pula khinzir melintas jalan. Kami hengatkan seekor sahaja. Rupa-rupanya . . mak aihhh. Berekor-ekor khinzir duk ber bab* queqe (beratur) nak lintas jalan. Kira bawa geng ramai-ramai segar dari hutan belantara.  Terus kami tukar plan pergi TC untuk meneruskan acara ber BBQ. Benarkan kata pepatah kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan segala? Herm (:

Mari bolatkan mata anda dengan kanta pembesar melayan pictures di bawah. Amaran keras : gambar-gambar di bawah mungkin bakal akan menyaketkan mata anda. Pemakaian spec mata hitam adalah disarankan sama sekali (:


Todiaaaa dari kiri cepat senyum : cik sri, cik ratu nur, cik amalina (bunga), gegurl chubby, pastu cik HANTU GOMAK, diikuti cik qiera kirana, cik farhah, cik syafini and last but not least kak aina! :D
 

si gades gades bercanda mesra di tepian pantai. ouh sangat sweet kan? apa tak? oke FINE! T.T
 

sungguh serunuk dapat duduk di pasir pantai yang sangat empuk dan gebu-gebu ini. Terasa sangat selesa umpama duduk di atas baldu (tipu)
 

encek HANTU GOMAK memegang tudung beliau dengan ayunya bagi menentang tiupan angin yang maha kencang. Larhhh?
 

Like picture ini beriban-riban. tengok encek HANTU GOMAK menutup mulut tanda 'syhhh' menyuruh angin supaya bertiup sepoi-sepoi bahasa sahaja bagi memastikan tudung beliau tidak meliuk lentok. Sungguh tidak ku paham T.T
 

Ini muka hantu-hantu lapar tapi maseh mampu tersenyum plastik tatkala camera dipicit menghala mereka. Miahaha ;p
 

Gades-gades comel di lensa kamera : cik sri, cik baya, encek HANTU GOMAK memeluk farhah diikuti gegurl chubby yang hawwwt dan kak aina*ayam diperap kak aina teramat sangatlah sekali superb sodaaap*
 

Bersantai  bersama rakan-rakan baek. Melintas sahaja kamera terus senyum buat muka tanda kami-mahu-gambar-kami-diambil-lagi-dan-lagi. wuwuwu~
 

ekceli masa nieyh tengah bergossip ing. tapi kami tak akan pernah gagal memberi senyum sumbing kepada encek camera. peace now war ;D


Oke. lakonan semata-mata. si photographer beriya-iya suh berlagak biasa kunun-kunun nya nak hambek gambar candid tapi bila semua dah tahu encek camera bakal dipicit maka semuanya buat gaya senyum eh-ada-orang-nak-curi-curi-amek-gambar-ke? haha. misi? GAGAL!
 

Tatkala gades-gades laen sudah jemu menghadap camera,  encek HANTU GOMAK maseh lagi mempunyai semangat yang kental untuk terus beraksi.  Keinginan encek HANTU GOMAK untuk memahatkan usaha keras beliau memakai subang bagak di luar tudung meruap-ruap. Lagipun ini adalah first time aku memakai skirt. Hohoho. Sungguh annoyed kan? Baldi ada kat dapur. Sila pergi hamek dholo (--")




Bersama cik sri yang superb kiut dengan aksi dramatik beliau yang cuba mencapai hidung dengan lidahnya. haha! encek HANTU GOMAK pula sedang menunjukkan bukti kukuh subang beliau bapok besau nya. miahaha.


Haruslah berterima kasih berlori-lori kepada cik sri kerana telah memberi keizinan kepada aku untuk memenuhkan camera nya dengan gambar gambar gambar gambar aku yang teramat banyak! arigato gozaimas *tunduktunduk*
  

Bergambar bersama cik qiera kirana yang tengah membuat aksi pistol. boleh tembak sambel senyum-senyum lagi. Wahaha. Kami bukan pendek kami hanya kurang tinggi sedikit daripada beliau. Beza oke. Urgh -.-"
 

Cik gegurl chubby bermaen sorok menyorok di belakang encek HANTU GOMAK. amboyy. mentang aku besau yerk. cis! T.T
 

Ini pula gambar encek HANTU GOMAK bersama nadia atau lebih dikenali cik kacang. comel kan? tehehee~ sangat malang sekali kerana beliau terlupa untuk membawa encek NIKON bersama untuk acara BBQ ini kalau tak . . aihhh. maken banyak lar muntah-muntah yang sedia ada dok asyik tengok gambar aku sahaja. bhaha -.-"


Oke. abaikan pose merapik aku tueh. sila fokus kepada cik nadia kacang yang tersenyum comel. ouh. ouh. anda sangat cute bebeyh! 


Tengok tueh. Tengokk tuehhh. Haish. Sungguh tak senonoh encek HANTU GOMAK ini. Selalu sahaja mencapap bila masa encek camera ada di depan mata. Kak aina pun da terikut ikut dengan perangai aku nieyh. Memang kasi pengaruh burok je lar kan at orang sekeliling? Wuwuwu~ 

Sebelum sesi makan melahap dimulakan aku maseh tidak jemu-jemu dan mungkin tak akan pernah jemu untuk bergambar. Maaf ya kawan-kawan. Perangai encek HANTU GOMAK memang begini. Sangat jakun tatkala camera terbias di juring mata. Kali ini gambar aku sorang-sorang pula. Sudah penuhkah baldi korang dengan muntah? Sila pergi tukar baldi baru oke.



Hanya memakai selipar jepun. Sangatlah menggilai selipar jepun kerana keselesaan yang mampu diberikan kepada kaki, kuku,  tumit,  buku lali dan . . . gigi . ??

 

Hujung skirt sudah basah akibat bermain air di gigi pantai. Sangat sejuk oke tapi masih mampu tersenyum dan membuat pose entah macam apa entah. Tak dapat nak dijelaskan dengan kata-kata. Maaf T.T
 

But most of all. Aku sangat sangat sangat suka akan picture ini. Tak tahu lar kenapa. Rasa ayu kowt. Haha! credit to cik Siti Nur Baya for helping me captured this ohsem picture. heee :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Oke. Sudah muntah darah kah melihat kesemua pictures yang ada? Bawa bertenang. Promise dah tak ada dah gambar untuk entry kali ini. Haha! Basically, aktiviti BBQ kali ini sangat serunuk. Terima kasih beriban-riban kepada pihak yang mengajak kami GENG SEMAMBU (dewi, ainun, pniey, baya) untuk join aktiviti nieyh. Makanan yang disediakan sedap yang amat. Banyak pula tueh. Bagi 5 star untuk usaha gigih, murni, tulus e-class korang. Ouh rindunya masa-masa belajar dholo. Tsskkk T.T





Terima kasih kerana tak berhenti-henti scroll down bolatkan mata baca entry nieyh. Ouh, anda sangat cool! ;




Sekian. Bye!


 


 

No comments:

Post a Comment

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...