Kanda Dinda

Tuesday, June 14, 2011

G.e.r.o.w.k


Assalamualaikum (:


Ehem ehemmm selepas sebegitu lama belog ini diprodiuskan maka . . . ini adalah saat pertama kali ku mengupdate belog ini. * gila pemalas tuan punya belog T.T terdapat pelbagai sebab mengapa ku tidak mengambil tindakan bijak ini sejak lama dahulu lantaran beberapa kes yang perlu ku settelkan. . antara kes berat dan serius yang perlu ku kendalikan adalah seperti menjampi pinggang mak munah yang lebam digigit dek kerengga . . membaiki atap warung pak syuib akibat dituip angin belon panas . . mengecat daun-daun di taman wak joko supaya kelihatan lebih hijau dengan cat nipon pain . . jelaslah terbukti akan kesibukan ku ini dan menjadi punca utama tindakan ku mengabaikan si belog sendirian. *pang sedas kerana mencipta alasan dongeng -.-"


Ok. Setelah membuat penelitian yang mendalam sedalam lautan Antartika akhirnya . . jeng jeng jeng . . aku telah membuat pilihan untuk membuat entry mengenai G.E.R.O.W.K! Ahahaha. Apa itu gerowk? Kumpulan penyangak jalanan kah atau geng gigi rongak yang jual ubat darlingchentahaktuih? -.-"


Gerowk adalah geng sahabat baek ku di sekolah. Walaupun sekarang masing-masing dah torbang melebarkan sayap untuk menyambung pelajaran tapi persahabatan kami kekal terjalin. Wuhuuu. *kesat-kesat hengus* so kali ini aku nak share ceghita pasal kita orang hang out masa dholo dholo jenjalan kat Kota Bharu. Even ceghita ini dah lama dah aku tak kira nak ceghita jugak. Nak jugak! *Hentak-hentak kaki mintak tapak kasut ;p so lets cekidout!




Hye u ols. nama i zura. i lar yang jadi driver bawa budak-budak ni jenjalan. ala bawa ferrari pink je pun. i tak kesah. peace T.T 



Di dalam kereta haruslah berlensa-lensa-an.Tak perlu dslr uke. Mari muntah hijau bersama-sama layan gelagat tiga dara pungutan  pingitan picit kamera ;D



wajah-wajah gumbira si gades gerowk mauuu jalan-jalan cari pasal :D
berusaha keras untuk mendominasi encek camera. yergh misi berjaya sampai mata Sox pun nampak sebelah sahaja. haha!
ouh sungguh sweet kan? tak? ok FINE~
masih tidak jemu beraksi di lensa camere. habes gaya dah nieyh. miahaha~
mauuu snap gambar sendirian namun diganggu gugat oleh si pengkacau di belakang. syuh syuhh ;p




Bila dah sampai ke destinasi yang di tuju Kb Mall, tempat yang pertama yang harus di terjah mestilah ladies.  Time nie lar nak pergi baiki tudung, tampal bedak 8 inci, dan tidak syak lagi untuk snap picture! 



percumaan pertama snap picture gagal. ouh sungguh tidak centre. mari cuba lagi tahun depan. (--")
Oke. Hasil picitan camera kali ini lebih gagah than before. Mari aku kenalkan dengan  gades-gades gerowk ini.
dari kiri cepat senyum : solehah (sox odema) dewi (wiwiey) maziani (niniey) asma (ah bem)


Lepas itu, kita orang singgah kat kedai gift sebab si niniey nak cari hadiah untuk birthday cousin dia. Owh btw niniey tak ada masa gambar dalam kereta sebab dia dah duk KB time tueh. Kte orang just amek dia kat umah sedara beliau and terus pergi ronggeng di Kb Mall sama-sama. Masa kat kedai gift tueh kta orang terjumpa KHINZIR CUTE. *bahasa sopan* Apalagi, dengan rakus lah berposing jakun ;p
 



ittew ada khinzir cute. awak hado? Miahahaha :D



hohoho. naseb baik lar tak payah samak. Kalau tak, jenuh nak basuh tangan pakai air tanah bagai -.-"



ini semua wa punya. wa bangga! kalau hang nak pergi beli sendiri.



Ekceli kte orang (aku, sox, ah bem) ada buat plan nak kasi belated birthday present kat niniey. So masa niniey tengah sibuk survey hadiah kat cousin dia aku dan ah bem telah mengundurkan diri kejap. Kte orang suruh sox teman niniey cari hadiah untuk cousin tueh tapi si niniey nieyh beriya nak hekot. Tapi hasil bujukan dan lakonan mantop kte orang niniey terpaksa merelakan kte orang hilang dari pandangan dengan linangan air mata. Haha!



nilah hadiah yang kita orang kasi. ekceli nak kasi teddy bear yang berbulu-bulu gebush tapi ah bem kata nieyh lagi comel. teddy bear yang berbulu-bulu gebush tueh aku yang mengidam sebenarnya. haha T.T seperti yang dijangkakan . . niniey kemaen serunuk aihhh dapat hadiah seperis dari kami nieyh. happy belated birthday niniey!
 




Kendian, kita orang pergi tawaf satu Kb Mall. Masuk sana masuk sini abes kita orang terjah. Macam peronda pencen pun ada. Serunuk serunuk * mata bersinar sinar seperti mata kuceng kurap parsi ;D

Acara melawat kedai VCD adalah menjadi satu kemestian. Canggung rasanya kalau ber-ronggeng ke mari tanpa melayangkan mata ke arah timbunan cd cd yang beriban banyak nya. Apa yang di cari? Wajiblah cerita korea, apalagi. Hua hua hua.



ayu, zura, ah bem


Sungguh gumbira dapat snap picture di kedai ini. Macam moyang kami punya kedai sahaja lagaknya. Walhal tiada sekeping cd pun yang di beli kat kedai nieyh. haha! Tuan punya kedai jeling-jeling semacam dah. Gaya macam nak pelangkung dengan kholit dughiyan melihat 'kecomelan' kami. alaaaa. lekluuuu pak cik.


berposing comel adalah kepakaran kami ;p


Hye u ouls. Nama saya munah. Saya pekerja paling berdedikasi  kat kedai nieyh. Nak cari cerita apa kak? otoman taro ke boboi boy? tsssk! *bertanya dengan penuh ramah tamah*
  

Siap merewang di kedai cd and dah dapat cerita korea yang dipuja-pujakan kita orang pergi terjah kat kedai kasut pula. Mak aihhh. Ada sale!! Mahu tak meroyan tengok harga kasut yang murah-murah. Berbaloi-baloi. Ok snap picture adalah acara rasmi. Tidak syak lagi ;p




ala. ittew kunpius lar nak amek yang mana satu. wane merah n cukelat nieyh sama-sama tantek. kalau ittew pakai merah sebelah cukelat sebelah bole tak awak? pui pui pui~
Sudah penat mencari kasut idaman, akhirnya terduduk jua. Snap picture dholuu :p
Nampak tak muka yeargh-puas-hati-dapat-beli-kasut daripada wajah-wajah kita orang? haha

Eh. ada cermin. cepat snap picture sebelum tuan kedai baling tapak kasut (--")
apa lu tengok-tengok? hengat wa takut ka? ada bran jumpa wa kat lorong belakang jalan pak Semeon ini jam juga. ok. merepek. Abaikan -.-"



Sudah letih jenjalan perut piranha mula mengeluarkan bunyi-bunyian gamelan caklempang caklempong. Perut lapar harus diisi dengan segera kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan minda * kaitan plis? T.T




muka bahagia  ah bem dan niniey setelah perot mereka berjaya diisi. Tak sia-sia beratur panjang kalau begini hasil kekenyangan nya. Ekekeke :p

Si birthday girl. Sibuk bersms telefon di tangan tak pernah berenggang. Encek camera dipicit terus tersenyum comel. hihihi :p

 Lemak baharu terkumpul tidak dibiarkan bermaharajalela. Sesudah makan misi meronggeng diteruskan lagi dengan lebih gagah hasil bekalan tenaga yang melimpah-limpah.


Semasa berjalan-jalan si ayu terjumpa dengan tanduk rusa berwarna merah. Tanpa melengahkan masa beliau terus mengaplikasikan tanduk berkenaan di atas kepala nya. Ouiks, bukan sonang nak jumpo perempuan bertanduk merah camney kat shopping complex. haha!






Dalam perjalanan pulang ke rumah masa tueh dah malam kami singgah isi perut dholo di kedai dobi * aishhh. opkos lar kedai makan an. Uhuk34. Walaupun mak dan ayah masing-masing dah sibuk telepon anak-anak dara diorang, kami still menyempat-nyempatkan diri terjah bundle cari guni beg. hey. hey. siapa cakap barang bundle tak elok? berkualiti rendah? kasi taw sama wa*budget gengster kampung dusun jap ;p


Ok. Hari yang amat memenatkan tapi serunuk and eksaited tahap dewa penyanyi indon sebab dapat lepak ing bersama gerowk. Btw geng kita orang tak cukup ekceli. cik izzah tak dapat nak join sebab dia tengah belajar dan tak cuti time tueh. Kumpem beliau sedih kan kan . . . jajah? Nah amek setepek gambar beliau hasil curian ku di pecebuk. Mintak halal dunia akhirat yer jajah ku sayang? * buat muka gewwwdikx. lalala~








Terima kasih kerana tak berhenti-henti scroll down bolatkan mata baca entry nieyh. Ouh, anda sangat cool! ;D




Sekian. Bye!




p/s : first time buat entry hasil galakan kawan-kawan yang sangat baek hati. Alhamdulillah ada entry juga akhirnya * sila kesian uke -.-"


2 comments:

  1. hekhekhek!!!! da bole komen la..Suke2!

    ReplyDelete
  2. sayang jajah kemah keming. thanks for da sapot bebeh :D

    ReplyDelete

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...