Kanda Dinda

Monday, June 20, 2011

T.D.E vs ENA


Assalamualaikum


Hari ini nak hapdate belog lagi lah. Sementara mood ghajen nieyh tengah meruap-ruap baek teruskan nya dengan gigih. Dholo malas bebenau aku nak ngadap encek belog nieyh. Usahkan sentuh jeling pom tak nak. Nampak je encek belog truih tekan tanda (X) tanpa perlu berfkir panjang. Sungguh eksen nya aku dekat beliau kan? Haha. keghajenan aku terhadap encek belog sungguh ajaib aku rasakan. Adakah encek belog sudah “guna guna” kan aku. *dushhh tumbuk tang muka sekali suka sangat fikir benda khurafat semua nieyh salah Syamsul kasi pengaruh kat aku :P* Aku nak buat esaimen pun tak ghajen macam nieyh tahuu. Eseimen pagi esok pukul 8 kena hantar pukul 12 malam baru aku duk sibuk terkangkang kangkang bolatkan mengadap screen laptop duk google sana sani cari info. Baru cari info belum lagi start buat? Haishh. Jangan lar duk tiru perangai pemalaih aku tueh takut nanti nyesal 40 hari 40 malam kang. Sesak nafas di dada kau tahuuu.

Ekceli hari nieyh aku nak wat entry pasal kawan baik aku masa praktikal kat Majlis Bandaraya Shah Alam dholo-dholo. Aku start praktikal kat MBSA tueh bermula pada 21/6/2010 - 19/11/2011 dan selama enam bulan aku duk kat sana dengan ENTAN NUR AFYQAH (ena) lar aku duk melekat cam belangkas tak kira nak pergi mana pun. Pernah kita orang ponteng waktu office pergi lastik burung merak atas pokok kunun nak kasi hadiah untuk Datuk Bandar (DB) sekali terkontai sebab masa tueh Timbalan Datuk Bandar (TDB) pun duk tengah nak sumpit burung merak tueh nak kasi Datuk Bandar. Hah . . jadi orang jangan duk luruih sangat. Memang aku tipu jah tuh saja nak kasi dramatik sikit. Nak pedajal korang tapi korang pun mesti belajar ilmu perdajalan nieyh lagi tinggi daripada aku kot? Miahahaha :P

Erghh . . maaf lar aku memang suka sangat mengarut kalau aku nak buat satu-satu perkara tueh mesti ter-eksiden singgah minum kopi makan kerupuk moni lepas tueh baru lah pulang ke pangkal jalan. Uhuk. Malas nak cakap banyak layankan aja pictures busuk di bawah sambil makan ulam cicah budu *aku tak tahu apa motif aku tulis macam tueh (--“)



Nieyh lar gambar masa kita orang duk lastik burung merak tueh. Marah bebenau si Entan tengok TDB nak sumpit burung lastikan kita orang. Alang-alang dia tak puas hati dia pun nak sumpit juga sebab tueh letak tangan pesen lagu tueh. Aku turut kan sahaja pendapat beliau. Tak kesah janji merak kita orang punya. Tibaiiii jah. Agi hidup agi ngelabannnn T__T



Masa musim raya dekat Pejabat Datuk Bandar kita orang punya kerja lah nieyh duk gantung kad-kad raya sebegini rupa. Bila DB dengan TDB masuk kerja dia pun naek heran, nieyh nak sambut raya ke nak sambut Deepavali. Banyak bebenau kad duk tersungging kat dinding sampai dah terkunpius mana satu kad mana satu dinding. Hebat kan teknik penyamaran yang berjaya dihasilkan? Haha. kita orang memang ghajen. Tak payah duk puji-puji. +___+




 
Nieyh semua gambar masa sambutan raya MBSA dekat stadium. Sungguh serunuk waktu tueh. Banyak sangat gerai makanan yang dibuka. Yang penting FOC. Haha. Aku memang suka dapat makan free free nieyh. Akan aku usahakan sehabes gigi dan gerham mengunyah makanan tanpa henti. Kita orang kena jaga kedai air masa sambutan nieyh shift petang tapi macam haremmm. Tak buat kerja sangat pun duk mundar mandir serbu makanan je yang lebih. Ecehh. Ekceli tema MBSA tahun nieyh biru silver. Tengok Entan pakai biru silver kan? Hah, peduli apa dengan tema tueh aku suka pink oke! *kunun. Padahal tak ada baju biru silver. Meroyan aku tak dapat pakai baju macam Entan. Sampai ke hari ini aku simpan dendam kesumat nieyh kat kau tahu tak. uhuh*







Yang nieyh pula gambar masa latihan kawad sebab jadi pemegang plakad masa sambutan yang ke sepuluh tahun MBSA. Aku nieyh memula inginkan plakad tueh kain pelikat. Duk bermuhasabah diri sekejap fikir asal time kawad nak kena pegang kain pelikat bagai. Apa kejadah nya? Tak tahan dengan dilema yang membelenggu diri terus kita orang mengutarakan persoalan berkenaan dekat puan kita orang, Puan Sumaryati Bt Hussin. *ecece* haha. after puan gave us brief explanation pasal PLAKAD tueh baru lar kita orang faham. Plakad tueh macam kayu yang kita pegang masa rumah sukan dholo-dholo kunun rumah hijau rumah kuning rumah pink. Bhahaha. Memang sangat mengong lark an aku  nieyh boleh tersalah tafsir. Nampak sangat hati aku lurus suci murni naif (-__-) btw masa malam sambutan tueh Entan sangat ohsem sekali. Very da gojes uolss. Macam Sarimah pelakan dholo-dholo pun ada iras tahuu. cantik bangettt :D



Entan entan . . aku rindu wendu lar nak breakfast dengan kau macam dholo-dholo. Huhu. Besh kan kan . . ? nieyh gambar kau dengan puan duk melahap toisei *eja macam mana aku tak reti* yang besauuu yang amat tueh kat tesco kan. Amboyy kemaen lagi korang duk melantak iya. Mentang – mentang aku tak suka boleh kau nak eksen dengan aku. Nasib baik aku tak suka kalau tak memang sepiring besau tueh aku sorang je yang makan. Tak nak share-share. Iya aku memang tamak. Harap maklum T__T
  
 
Sila abaikan muka aku yang macam kuih pau kembang semangkuk setaman tueh. Uhuk. Entan kau hengat lagi tak masa nieyh?  Nieyh kan masa perhimpunan bulanan dekat dewan MENTOR tueh. *maaf tercaps lock dengan sengaja* masa dalam dewan tueh mesti kita sibuk nak bergambar dah lar pakai flash bagai. Memang semua orang duk perhati. Hello brother we’r still young and just wanna keep those sweet memories together in a piece of art calls picture. Do you have any problem with that?? *emo emo*


 
Masuk dalam kereta nak pergi mana-mana je mesti kita sibuk nak snap picture je kan? Terutamanya aku lar . . Masuk je keta, terus bunyi ketang ketung ketang ketung aku duk picit encek camera* awat beruk bebeno bunyi enset aku nieyh* puan dengan kak Saadah pun duk hengat benda nieyh sampai sekarang duk gelakan aku. Haha. sies aku rindu time nieyh tahuuu )’:




Lagikan . . lagikan aku wendu sangat nak hang out dengan kau makan-makan. Kita selalu pergi makan kat Noodle Station dholo kan? Bajet macam banyak duit tapi kadang-kadang buhsan juga makan kat kantin ye dak? Heee. Lepas tueh aku wendu nak pergi Tesco dengan kau, puan n kak Saadah time lunch. Dorang duk sibuk nak cari tomato lada sayur kita pula duk sibuk main naek-naek troli. Kau tolak aku, aku tolak kau. Sungguh tak matang kan. Semua orang dalam tueh duk pandang. Alah tan dorang tueh jeles dengan kita ekceli sebab dorang tak berani nak try macam kita. *ayat sedapkan haty* +____+



Masa tak ada kerja nieyh lar kerja kita. Hambek gambar sana hambek gambar sini kalah artis photoshoot aku rasa. Tapi best kan . . sebab kita suka hamek gambar lar banyak kenangan manis yang kita simpan dapat tatap sampai ke hari tua nanti (‘:
 



Tan minta halal dunia akhrat iya aku curi gambar kau kat pecebuk tanpa kebenaran. Iya aku memang pencuri gambar yang tegar T_T. Aku suka tengok kau pakai tudung. Aku rasa cantik sangat. Entan kau tahu tak masa awal-awal kita berpisah dholo aku meroyan-royan hengat kat kau. Habes semua benda nak cerita pasal kau kat kawan-kawan aku. Huu.

Checklist :p

Aku rinda nak makan ikan bakar dengan kau sambil minum ABC. Slurrppp :P
Aku rindu nak gelak-gelak macam syaiton/bidadari dengan kau cerita pasal semua benda yang entah apa kejadah entah
Aku rindu nak minum kopi AIK CHEONG dengan kau sampai bergelas-gelas*macam orang tua*
Aku rindu nak borak dengan kau sambil makan cabonara or whatever yang puan masak *sedappp*
Aku rindu nak pergi jualan Jumaat (JJ) dengan kau beli selendang macam nak gila minta kurang dengan pak cik tueh
Aku rindu nak pergi jenjalan dengan kau macam waktu office hours masa praktikal dholo (semua tempat)
Aku rindu nak jaga kaunter dengan kau and teman kau jaga operator
Aku rindu nak suruh kau pakaikan aku lens sampai berjam-jam dekat toilet sebab aku memang sangat tidak pandai. *aku gelak sorang-sorang ingat benda nieyh. Muahahaha*
Aku rindu semua kenangan kita selama enam bulan tueh. Kalau aku list pun tak akan pernah habes. Banyak sangattttt. Senang cerita aku rindu kau ENTAN NUR AFYQAH a.k.a ENA. Muahhhh :D




Psstt : Hari ini 21/6/2011. Genap setahun kita berkawan :D







No comments:

Post a Comment

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...