Kanda Dinda

Tuesday, August 9, 2011

Haippp serunuk nya dapat cincin :P

Assalamualaikum ^^

Apa khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa, minta-minta semuanya di dalam sihat sejahtera. *eh ternyanyi lagu lar pula. :P

Ehem.

Cepat kan masa berlalu sedar tak koma sedar dah lebih seminggu kita berpuasa. Ouh sungguh pantas masa berjalan kan. Berjalan? tett. berjalan tueh slow, lambat, tak cepat, perlahan. Tukar tukar! Sungguh pantas masa merempit kan? Atau sungguh pantas masa men-drift kan? Tiba-tiba rasa ayat tunggang langgang. Abaikan (T_T)

Semalam aku dengan Puan emak tercinta keluar bandar. Puan emak cakap mahu mencuci barang kemas nya yang dah berdaki berhabuk berdebu. Jadi aku sebagai anak yang jujur amanah dan fatonah (?) mengikut Puan emak keluar jalan-jalan cari pasal. Memang serunuk menjadi gangster. *apakah -.-"






 Nak dijadikan cerita Puan emak dengan bermurah hatinya telah membeli aku sebentuk cincin. Mak suka gilaaa nokk. HAHA. Bukannya cincin mahal seribulapanjuta ringgit pun tapi aku suka nak mamp. Rasa mahu tunjuk kepada dunia lantas berpidato "Wahai rakyat jelata lihatlah jari gemuk obesiti beta ini telah tersarung cincin emas permata hasil kemanisan kasih sayang seorang bonda. You able rakyat jelata?"

Pangggg. Haruslah menampar diri sendiri kerana bersikap tak semenggah. (--")



Haruslah juga mengambil gambar di depan cermin berkali-kali tanpa menghiraukan tuan kedai.



Masa kita orang masuk pasar ada seorang kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun aku syak duk menangis. Terpisah daripada emak dia. Itu aku yaken bukan syak. Kesian.  Naseb baek penjual kat pasar tueh baik hati tolong jaga budak tueh sementara mak dia datang mencari. Motif berhujah?

Jagalah anak anda dengan baik sebelum anak anda dijaga-jagakan oleh orang lain. *sungguh aku rasa tatabahasa aku kelauttt. Dem! (-_-")


Mak aku sempat merampok membeli tikar dan langsir. Langsir express punya tak ada nak tempah-tempah bagai. And yang paling aku suka aku sempat juga sebat shawl pashmina sehelai. Puan emak yang bayar. 

Tiba-tiba sayang ku kepada Puan emak memuncak-muncak. Sudah lar dibelikan cincin aku meghoyan nak pashmina pun dilayan aja. 

Memang beratus jugak lah duit Puan emak melayang. Memang terbelah lar poket beliau.

Apa-apa pun aku happy sangat hari tueh walaupun letih. Aku plan lar kan, nanti nak kawen or tunang aku nak mintak ukur lilit ibu jari kaki aku untuk tempahan cincin. Lagi besar lagi mahal cincin tueh kan. Pak cik kayooo *dasar cewek matre! Aku harap Encek Jodoh tak baca entry nieyh. (U_U)


Sekian ^^


psssttt : siapa yang kat sini dah tinggal puasa? meh sini nak berlaga pipi sikit. Kita kaum senaseb. urgh. (T_T)

8 comments:

  1. bak sini cincin jugak!!!

    ReplyDelete
  2. boleh! ada duit lima posen ka? meh kita pergi kedai Ah Seng maen tikam tikam. Untung naseb dapat cincin lip lap lip lap otomen taro. ekekeke =P

    ReplyDelete
  3. hoi... x posa.. kantoi..hahaha.. syok nya bla la nk bley dpt cincin.. ( hncur aty ku ) <--- tiba2... hahaha... smpai ibu jari kaki pun nk buh jgk.. hahaha dasyat...

    ReplyDelete
  4. lurveChoc :

    HAHA. posa dah esok. hari nieyh last. kaka! nak cincin juga ka? jummm kita pih Habibah Jawal. *budget macam dewi ada banyak dwet. tettt! =P

    ReplyDelete
  5. cincin raya ler tue.. :)

    dh tggl pose lama dh.. nie br stat pose.. hihi..

    ReplyDelete
  6. best la mak cik dapat cencen,.,rayo pon dok lagi bulih cencen doh eh,,saya jeles! =p

    ReplyDelete
  7. Cekmet : buke kb lar awop. mache jah. ekekeke :P

    izfanora : dewi pun baru setat poce semalam. jenuh nak ganti nanti. weeee ^^

    nad kacang : HAHA. sila lah jeles. ekeke. suh ma anda gi beli gih =P

    ReplyDelete

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...