Kanda Dinda

Tuesday, August 2, 2011

Aku memang begini : sesuai duduk dalam gua (T_T)

Assalamualaikum ^^

Ehem.

Alhamdulillah. Selesai sudah berbuka puasa. memang kompem ramai antara kita tadi yang asyik duduk memerhati langit menjengah awan yang membiru kononnya guruh berdentam dentum berbunyi. Ingatkan hujan mahu turun padahal cacing kerawit di perut sedang membuat concerto gigit usus kecik usus besar perut sendiri tak soda. Moral?

Makanlah ubat cacing. Lepas nieyh kompem cacing tak mampu membuat concert lagi (T_T)

Ekceli aku nak cerita pasal tabiat pelik aku. Aku sangat lah malas nak bersosial. Ehem perhatian bersosial di sini bukan bermaksud merempit kuang lentang bersama jantan buaya tembaga mahupun beramah mesra atau bertepuk tampar dengan golongan kurang kelakian/ bapuk di lorong gelap. Aku tak peramah sedemikian rupa. 

Bukan.

Aku rasa aku sangatlah sesuai tinggal di gua. Gua Musang? Gua Kelam? gua.com.my? argh hentam saja lar labuuu.

Masalah sekarang, aku sangat malas nak berinteraksi dengan orang ramai. Kalau aku nak jemur kain depan rumah pun lagak aku tak ubah seperti seekor musang yang mahu menculik ayam Pak Manap.

Sangat berhati-hati dan sangat berwaspada. Pandang kiri kanan depan belakang . . kendian eh? dhumm! tutup pintu laju-laju masuk rumah sepantas mungkin takut orang nampak. Padahal jemur kain je pun kan? (--')

Lagi.

Aku sangatlah suka terperap di rumah. Tambah-tambah dalam bilik. 24/7 aku duduk dalam bilik sekor-sekor pun tak apa. Apa aku buat dalam bilik? Iya aku online sepanjang masa dan kalau terasa alam maya ini membosankan aku akan bertanya khabar dengan objek kaku. Dinding, almari, meja. Anda semua puasa tak hari nieyh? *gila* (U_U)

Aku tak tahu lar kenapa. Dari dulu lagi kalau ada orang datang rumah aku . . memang sekelipan tueh juga aku hilang dari pandangan mata. Hala tuju hanya satu mahu bertapa di dalam bilik malu/malas nak duduk bersidang bersama dengan para tetamu.


Dan sebaik sahaja tetamu mula membelah jalan mahu pulang, itu jam juga aku muncul. Tersengih-sengih sibuk duk tibai makanan/minuman yang terhidang untuk tetamu tadi (T_T)

Apakah kalian tidak rasa aku nieyh seperti satu teka teki yang boleh membuat anda berfikir sakan padahal jawapan teka teki itu teramatlah simple. Aku? 

Iya aku memang tak mesra rakyat. Jawapan anda hebakkk!



Hanya mampu berkawan dengan cermin ajaib dan bila aku bertanya :

"wahai cermin ajaib siapakah yang layak untuk berkawan dengan ku?"

Cermin : ang patut duk dalam hutan ja. pih berkawan dengan tarzan bihtu tukar nama jadi Jane.

Aku : zzzz (T_T) dengan hati yang sayu menjawab perlahan. "BAIKLAH" (-___-)"


psssttt : ada lagi ke orang nak berkawan dengan aku dekat belog nieyh? Ouh. Kesat hengus sikit. **shrupp
 -..-

12 comments:

  1. Gua musangggg??? erkkk.. tmpt en. H tuh.. jom!! Hahaaa.. Adek ke patut macam tuh.. mane noley cantuh awok.. kitoo hidup dale masarakat nih, keno la tubik2 sket.. gano kalo awok sakit?? demo nk tulun gano..kenal pom dop..hehee.. bagus dop sayo??

    ReplyDelete
  2. Bulatt :


    huuu. tibatiba terinsaf sesaat mendengar kuliah Subuh anda. TQVM darl. ekeke. i know u love me *suddenly :P

    ReplyDelete
  3. kuliah isyak la.. huhuuu!!

    ReplyDelete
  4. sma la kita dewi oiyy....sepesen suma..hahaha..lbey suka trperap dok dlm umah ja...tmbh2 dok dlm blik.... slgi owg x ajk kuar slagi tu la dok kt umah perap dlm blik... bez pa trperap..hahah... x kaco n sakitkan aty owg...hahaa

    ReplyDelete
  5. lurveChoc:

    betul tueh comeyy. tak sia-sia kita berkawan.
    memang sangat lar sama perangai kita. ekeke. :P

    ReplyDelete
  6. hahaha...btoi2... hahaha... letak p la kita kt mna pun... mzty bley idup pnya.. heee~~~~`

    ReplyDelete
  7. lurve choc

    meh campak kita kat korea larh.
    boleh jumpa jejaka ensem. ekekeke :P

    ReplyDelete
  8. hurmmm.. dulu masa sy skola, sy pon ada tebiat mcm tu jugakk.. kalau raya, sy asek rasa nak menyorok je. kadang2 sy x sedar rupanya sy tgh duduk dekat tempat yg org lain takkan duduk.. nak join sepupu2 berborak, mmg satu bnda yg sy sgt tak ingin nak buat. sy rs yg mmg ada masalah personaliti waktu tu..


    tp alhamdulillah, skang ni tak mcm dulu dah.. time can heal almost everything. kalau kita bersungguh-sungguh nak ubah sesuatu, 1 hari nti kte mesti dpt buat.. :)

    ReplyDelete
  9. Si daun ceri :

    TQVM dear. tueh lar dewi nieyh pelik sikit. nak keluar rumah pun malas sangat. tak suka bersesaksesak. dewi kalau keluar pun dengan beshfriend je. wuwuwu. tmaseh sayang kasi nacehat. nanti tuntut duit raya limo posen yer dengan dewi. :P

    ReplyDelete
  10. dulu2 bihah cmtue gak..tapi xhappening hidup nanti lama2..trylah borak2 dgn jiran2 dulu ;)

    ReplyDelete
  11. cik bihah

    hye cik bihahhh. nak try borak dengan cik bihah dulu boleh? hee. TQVM dear. nanti dewi try slow slow. wuwuwu. =P

    ReplyDelete

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...