Kanda Dinda

Thursday, June 16, 2011

Assalamualaikum (:







Hari ini aku saket. Demam lebih kughang. Badan badan rasa panas semacam. Kepala pulak berat sangat rasa macam ada kayu balak duk bertenggek dengan gagah sekali yang lembik cuma aku. Yer semalam hujan lebat dekat ghumah aku. Memandangkan ghumah aku tueh tanah dia macam rendah sikit, cepat bebenauuu encek air bermaharajela depan ghumah aku. Maknanya depan ghumah aku dah kotor dengan segala macam tanah pasir simen kayu batu bata mozek bangkai biawak  duk tumpang (tipu). Aku dengan sebagai seorang anak yang sangat bertanggungjawab dan tak nak menyusahkan ibu bapa tanpa berfikr panjang terus mencapai sabun bayozip dengan penyapu yang dah patah kat dapur. Dengan riang ria raya nya aku duk tabur sabun bayozip tueh depan ghumah pastu duk tonyoh-tonyoh lantai sambil tertonggeng-tonggeng. Nasib baik jiran sebelah tak nampak kalau tak maybe dia pun naik heran  yang menyapu tueh dewi ke ayam belanda. Lebih kughang je rupa. Cisskek larh kan. Haha.





Masa tueh hujan duk nyanyi bila aku sudah turun (sudah tiada) err . . maksud aku dah reda sikit turun pun rintik-rintik je tonyohan aku ke lantai pula bergelora-bergelora. Anak-anak sedara aku, pun aku ajak mandi depan ghumah je. Sungguh tak senonoh lar kan dapat bonda *dorang panggil aku bonda* macam aku nieyh. Ku jirus-jirus ku siram –siram anak sedara aku 2 orang tueh yang duk terkinja-kinja dapat bermain air tanpa seurat benang pun. Cantik betul pemandangan time tueh. Haha. *just kidding*





Bukan salah aku kalau aku berat sikit bab bab nak mandi nieyh. Yelar aku pun lahir tahun kambing gurun kan. Haha. Mak aku dah pungpang pungpang membebel macam guruh kat langit suruh aku mandi. Tapi dengan muka tak bersalah nya aku jawab tak nak mandi lagi, bilik air gelap tak ada api (electric) mak aku pun cepat-cepat nyanyi lagu rumah terbakar panggil bomba . . bomba datang berlumba-lumba. Haha. Aku tipu! Mak aku siap kasi lilin lagi taruk kat bilik air suruh aku mandi. Katanya banyak kuman bakteria kat badan tueh dah kotor sangat duk menyapu depan ghumah. Yer yer memang aku close gila dengan bakteria nieyh sebab nama aku pun Teria Dewi kan? Boleh cakap camtu tak? haha. . *lempang sedas sebab suka mencarot maksud aku mengarut.





Padahal electrik ada je cuma suis utama da tersentap. . tersentap? Ah gasak. Mak aku duk intai-intai ghumah jiran sebelah tepi kiri kanan semua lampu ghumah doghang duk terang benderang. Lepas hasil kajian mak aku terhadap suis utama elektrik ghumah kito orang . . tinggg lampu pun menyala dengan silau nya. Cis memang aku tak boleh nak kelentong tak nak mandi lagi lar kan? Bhahaha.





Macam biasa lar kan malam tueh aku tidur lewat. Buat apa ke jadah pun aku tak tahu lar sampai 2 3 pagi baru aku tidur. Tueh mata tak berapa nak lelap duk pusing kiri kanan. Tapi  malam tueh kalau aku tahu ada Edward Cullen nak masuk dalam mimpi aku memang pukul 9 aku dah berdengkur dah. Paksa mata pejam rapat-rapat. Kalau tak boleh tidur jugak aku telan hubatpengsan. Haha *sungguh tak releven ini perempuan (--“)





Alih-alih bangun pagi je kepala dah berat badan dah panas ( nonit to mention lar kan aku bangun pukul berapa, hak hak hak) tekak pula rasa sakit nasib baik suara tak berubah macam Ramli Sirap/Sarip kalau tak  mahu jugak aku buat recording barang sejam dua. Seharian rasa tak semangat. Muka pun dah macam ayam berak kapur barus. Anak-anak sedara aku pun aku layan tak layan je. Tapi hariz tueh suweet je. Aku ngadu aku sakit kepala dia pun bonda sakit kepala? Buat buat tanya pula pastueh dia dengan baik hatinya terus picit-picit kepala aku. Untuk pengetahuan korang dia baru berumur pattahun. Apalah sangat kudrat kecik macam tueh kan duk picit picit kepala aku nieyh tapi tiba-tiba rasa terharu. Mana tak nya, biasa perangai dia nakal sangatttt tapi hari ini dia berkelakuan baik. Ouh. Terharu lar macam nieyh. Huu~





Petang tueh baru aku telan penadol dua biji. Biasa kalau aku demam aku jarang sangat nak telan ubat kunun kuat gagah perkasa boleh bertahan. Puiiii. Jumpa doktor? Haremmmmm. Dholo masa kecik-kecik kalau aku demam pastueh ayah aku sibuk duk ajak pergi jumpa doktor . . hah time tueh jugak lar aku boleh melompat – lompat joget lambak depan dia. Punya lar nak cakap aku dah sihat tak payah jumpa doktar dah. Haha! Masa aku sakit kat Kuantan dholo pun aku lari camtueh je lepas hamek darah kat hospital padahal nurse tueh cakap pasnieh awak jumpa doktor semula ya. Haha. Kiamat lar kan aku nak pergi ngadap balik doktor perempuan tueh dah lar garang nak mamp. Hamek darah pun kemain sesedap rasa nurse tueh duk cocok urat tangan aku nieyh. Kalau ikut hati lama dah aku nak nanges depan nurse tueh memperlakukan aku sedemikian ghupa. Haha. Kesian cik sapini and gegurl chubby yang bersusah payah pergi heret aku kat hospital. Siyes aku cakap . . terima kasih lar kawannnnnn. Korang memang terbaekkk *laung kuat-kuat*





Lepas telan penadol tueh ayah aku sibuk duk ajak anak-anak sedara aku pergi merempit hirup udara petang. Mak aku duk tanya . . Hariz nak makan beger. Pergi hekot atuk naik motor. Tapi jelas lar kan memang aku dulu yang menjawab . . nak beger! Nak! Haha. memang aku lahir tahun kambing gurun tapi selera aku macam gajah bunting. Demam demam pun habis beger sejibik siap rembat yang anak sedara punya lagi. Gila teruk kan? Haha tak apa ayah aku beli banyak tahu anak perempuan dia nieyh memang penggemar lemak dan selulit. Larhhh? Haha T.T





Tapi kan tapi kan . . aku pernah dengar orang cakap yang sakit tueh penghapus dosa. . so aku tak nak lar  merungut *yelar tak merungut*. Aku tahu aku ada banyak dosa. Baru dugaan seciput nieyh tak akan aku nak meraung melolong. Cuma aku harap dapat cepat sembuh boleh ketawa-ketawa cam syaitonn lagi. Urgh. Salah ea?





Aku rasa memang tak sah lar kan kalau aku hapdate belog buat entry tak letak gambar-gambar hengusan aku tueh. Haha. layan joh lar yerk. Lalala *jogetjoget*






 
Memang muka tulus eclas tanpa sebarang bedak. Tak sempat nak lilit selendang bagai lilit tuala busuk sudah janji tutup kepala. Demam-demam pun sempat buat muka gangster tangan tueh ber-peace bagai tak boleh blah. Airbag yang duk bertenggek kat mata  sangat mengganggu pandangan senang cerita burok! *pose wa-demam-tapi-wa-tetap-gengster-bhai. Haha! :D


 
Nieyh lar muka ala ala katak/kodok panggil hujan semalam. Gelembung semacam. Wuwuwu (--")








Terima kasih kerana tak berhenti-henti scroll down bolatkan mata baca entry nieyh. Ouh, anda sangat cool! ;




Sekian. Bye! 

Psssttt : kalau orang demam memang makan banyak taip banyak-banyak macam aku heh? Wakaka :D

 




2 comments:

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...