Kanda Dinda

Tuesday, June 21, 2011

b.o.r.e.d

Assalamualaikum (:



Malam nieyh aku tak ada nak hupdate apa-apa pun. Cuma rasa si loser sejati bila mana kebuhsanan melanda diri tahap hantuk kepala dengan lesung. Aku pergi belek pecebuk pun buhsan jugak. Tak ada benda yang menarik pun kat situ. Tak ada hadiah ipad percuma pun kat pecebuk tueh nak kasi aku, tak ada cabutan kereta Ferrari pink pun untuk gades-gades kebuhsanan seperti aku nieyh, tak ada pun sedara mara bau-bau bacang putra mahkota di raja nak bertukar-tukar pendapat dengan aku berbincang sistem pemerintahan negara supaya lebih terancang dekat pecebuk.*mengong* Haha. alih-alih aku pergi like habes semua status kawan-kawan. Saja nak buat dia orang rasa menyampah rasa nak tunjal-tunjal kepala aku nieyh sebab buat semak samun notifications dia orang je. Ekeke. Puas hati dapat annoyed kan orang. Yearghh! +_____+

Kendian aku pun duk mengusap-ngusap lar encek lappy. Sekali tertekan butang webcam. Lepas tueh pergi pakai selendang lilit dengan teknik pemakaian memanggilaserabailarkauperempuan. Tanpa aku sedari butang webcam yang aku hanya tekan sekali sahaja tadi dah jadi berkali-kali tekan lagi lagi lagi dan lagiii. Ouh acer webcam kau memang suka menjebak orang suruh tekan kau banyak-banyak kali kan. Argh spesies penggoda! *kesan buhsan melampau sampai dengan laptop pun boleh dilampiaskan nafsu amarah* T___T


Nah muntahkan diri korang layan hasil penggodaan encek acer webcam ke atas diri aku yang tulus suci murni kerana diri aku begitu berharga nieyh. *haktuihhh*




Nieyh lar asek intai-mengintai dengan encek webcam. Haish nak tekan ke tak. Kalau tak tekan rugi pula kalau tekan nanti terjebak. Hahaha. Banyak lar kannnn. Menjeling menjeling ku bertentang mata kita sama memandang, ku cuba ku cuba nak bertenang akhirnya sepakan melayanggg. Lalala~



Nieyh muka mintak pelempang. Aku tak tahu pula selama ini aku memendam bakat sedemikian rupa. Kalau masuk mahkamah nieyh awal-awal lagi aku kena pelangkung dengan fail bahan bukti. Hakim: cehhh. Orang macam nieyh pun nak kena naek court bincang bagai ke? Tak payah. Tengok muka pun dah tahu budak nieyh bersalah pencuri, panjang tangan, peragut, siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri. Urghh (--")


Muka berlagak! Puiii. Monolog dalaman: weyh aku baru beli baju renang. Baju renang tueh dibuat daripada emas tulen hasil rekaan habib jewel. 360 karat kau tahu. Lepas itu, butang baju tueh diperbuat daripada mutiara asli. Raflesia yang taja. Baju renang tueh akan aku pakai buat julung-julung kalinya untuk aktiviti berkubang di dalam parit rumah Munah Montok anak ketua kampung Tak Soda Diri. Kau hado?? +___+


Homaigod! Ya Allah. Rumah aku dirampok. Abes harta benda ku di kebas. Mana kambing/kuceng kesayanganku? Mana peralatan perhiasan ku? Mana peti ais 10 pintu kuh? Mana?? Dasar bajingan kamu perampok kagak punya perasaan. Jaga kamu. Bakal gua kerjain kamu habes-habesan! *zzzzzz*


Eh ye ke Senah? Haishhh. Tak akan lar si Sameon tueh sanggup pergi curi buah salak dekat kebun Pak Syuib tueh semata-mata nak kasi kau. Apa ke mengong sangat Sameon tueh, Pak Syuib kan ayah kau. Jadahnya nak mencuri kat kebun ayah kau lepas tueh boleh pula bermurah hati bersedekah hasil curian buah salak tueh dekat kau. Aku tak percaya. Uishhh. Uishhhh. *kecik-kecik sepet-sepetkan mata tanda TAK PERCAYA*



Psssst : semua perkara di atas berlaku hasil desakan perasaan buhsan yang melampau! Argh jangan salahkan aku salahkan lembu pak Manap! Salahkan lembu tueh. Ciskek kau lembuu! T__T

3 comments:

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...