Kanda Dinda

Monday, June 27, 2011

Destinasi KB




Assalamualaikum (:



Alhamdulillah . . baru sahaja melantak burger goreng, roti Abang John dan popcorn. Murah rezeki, mak dengan abah aku pergi pasar malam dapat aku manjakan perut dengan segala macam lemak tepu  yang berkumpul dan bergambung lantas berformasi mencipta kegendutan perut. (--") Memang aku khalifah ALLAH yang tak pandai nak berdiet. Tak ada perkataan diet dalam kamus budak busuk seperti aku nieyh. Malahan untuk beberapa jam lagi, pasti aku akan melilau kat dapur mahu melantak untuk kesekian kalinya memberi keizinan penuh terhadap encek kholesterol untuk bermaharajalela.  Teruk? Aku tahu . . terima kasih T___T argh. Jangan salahkan aku, salahkan faktor genetik. Salahkan faktor baka. Aku hanya insan teraniaya. Kalau bukan kerana genetik kuat makan yang mengalir dalam tubuhku pasti pinggangku seramping Inul Daratista*banyaklarkauperempuan*


Ouh yer . . ekceli aku nak hupdate pasal aku pergi Kota Bharu (KB) dengan ah bem, ayu, zura masa hari tueh bukan pasal susur galur genetik. Terpesong pula tadi lantaran emosi berada dalam keadaan terumbang-ambing*ecece* Tak nak cakap banyak. Layangkan sahaja mata comel kalian melihat photogedik di bawah sambil gosok-gosok mata. Kenapa? Entah! Y__Y




Ouh permulaan cerita mestilah diikuti dengan gambar busuk aku. Ada siapa-siapa tak puas hati boleh hantar pemberontakan anda dengan menaip AKUTAKPUASHATY kepada Syarikat Hado Aku Keysah Sendirian Berhad. Ekekeke~




Howyek . . akhirnya penerbangan flight Air Asia yang kami sewa telah selamat mendarat di KB *budget *. Sudah sampai harus lah berpose gedik di atas eskalator. Rumah aku tak ada benda-benda cenggini. Nanti balik rumah boleh tunjuk dekat mak abah aku pergi KB naek benda-benda bergerak dengan hidung kembang-kembang. Terasa sungguh bangga riak kahak hak tuihhh ye. U___U






Letih jalan-jalan melilau masuk keluar dari satu kedai ke puluhan kedai yang lain perut gajah kami ini haruslah dilayan dengan penuh hemah. Tidak boleh dibiarkan ianya berhiphop sendirian mahu nanti ada insan tidak dikenali bakal dilempang secara rawak lantaran minda tidak mampu berfungsi dengan waras. Baik hamek tindakan awal. Sambil menunggu makanan, sambil meneropong jejaka kacak. Argh. Melepas. Sudah ada kekasih di sebelah. Haha! Comel je Cik Ayu bergayutan sebelah aku. ekekeke.
 


 
Sekarang makanan dah ada depan mata . . tak kira lar kau hensem ke kau gagah ke, berotot pejal sekalipun aku tak peduli yang penting lemak harus disuntik ke dalam badan. Muahahaha. Aku kemaen lagi membebel dekat ah bem lepas nieyh nak tapau berger, nak makan kentang, nak order ais krim dekat KFC kunun tak cukup. Padahal makan separuh dan lembik kekenyangan. *pang sedas tak bersyukur* U___U



Punyalah payah nak snap picture ah bem sorang nieyh. Nah . . . habes usaha aku pujuk beliau baru dapat sekeping. Tak apa usaha tangga kejayaan ß--------apakah??




Lepas tueh kita orang mengambil keputusan sebulat suara mahu pergi ke Wakaf Che Yeh pula. Habis duit aku melayang beli selendang. Aku beli dua helai. Yang sehelai tueh singkat gila. Menyesal tak sudah aku beli dah lar mahal. Silap aku juga tak dapat budget isipadu kepadatan dan kelebaran selendang tueh terlebih dahulu. Lain kali harus berfikir dengan lebih tenang tatkala membeli selendang dan bukan nya mengikut hawa nafsu bertindak rakus lantaran terpesona dengan kecantikan duniawi. *argh jahat kau nafsu* T__T

Sebelum balik seperti biasa singgah kedai bundle dholo cari beg. Aku insan tamak beli dua terus. Ouh nafsu kau memang!



Psssttt : ekceli banyak gambar aku tak tampal kat sini bimbang korang demam panas darah tinggi tengok gambar-gambar aku memanjang. muahahahaha *kilat sambung-menyambung*






4 comments:

  1. besday i nk hadiah selendang satu.. hahaa!!!

    ReplyDelete
  2. u pakai ke masalah nya? ekekeke :P

    ReplyDelete
  3. ahah ! sicomel :) manis je muke kamoo >,<

    ReplyDelete
  4. Cik Nina : halamak jan kate macam tueh dior. kang ade tto celik mata malam nieyh. ehek. heyyy. u pun apa kurang nya. suwetttt :D

    ReplyDelete

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...