Kanda Dinda

Sunday, June 19, 2011

Kesah p.u.t.e.r.i

Assalamualaikum

 
Hari ini aku dengan penuh semangat berkobar-kobar di dada ingin membuat satu pementasan teater hasil karya terulung pengarah terkenal tak lain tak bukan diri aku sendiri *bhahahaha : gelak mintak pelempang* ehemmm. Maaf mencarot. Orang yang tak ada khoje macam aku nieyh memang buruk riaknya. Memang teruk tingkah nya. Aku memang suka berlagak suka duduk tak tak suka tegak kalau kau jahat aku hantar buruk gagak suruh koyakan baju kau biar rabak. Hak hak hak. Ok. ENUFFF. Huh. Susah nak kawal emosi kalau dah kepala tak berapa nak seimbang nieyh. -..-

Ekceli ekceli . . aku nak share dengan korang satu kisah. Cerita ini rekaan semata-mata hasil dari kecerdikan dan keaktifan urat saraf ku di otak yang berkerja keras meneropong idea-idea bernas buat tatapan kalian*tampar berdas das* tak usah berceloteh panjang. Mari aku kenalkan dengan pelakon-pelakon utama cerita ini.



 

Tudiaaaaaaaaaaa dah nampak dah, dah nampak dah. Hah yang nieyh nama dia Puteri Sulong. Dia merupakan anak pertama bagi pasangan Raja Windoyono Palempangkau dan Sumandoto Kucepokkang. Dah nama Puteri Sulong mesti lar anak first kan? Haha. even dia nieyh anak sulung tapi perangai dia macam budak-budak gitueh. Alaaa. Macam kanak-kanak ribena orang cakap? Dia ada seorang kembar dan mereka nieyh rapat sangat.


 
Nieyh lar kembar si Puteri Sulong nama dia Puteri Tengah. Kenapa nama dia Puteri Tengah? Raja dan Permaisuri nieyh macam tahu tahu sahaja bakal ada seorang anak yang akan dilahirkan kan kan? Hah memang pun sebab nieyh cerita yang aku buat mestilah aku tahu segala-galanya. Haha! Puteri Tengah nieyh seorang yang tegas berbanding dengan Puteri Sulong. Dia memiliki seraut wajah yang ayu dan mempesonakan. *hah ludah ludah lagi* T__T



Puteri Bongsu. Ya, inilah watak utama dalam cerita nieyh. Puteri Bongsu merupakan seorang gades yang pendiam. Puteri Bongsu tidak rapat dengan kakak-kakaknya memandangkan usia mereka jauh berbeda. Puteri Bongsu dilahirkan oleh Permaisuri Sumandoto Kucepukkang selepas Puteri Sulong dan Puteri Tengah mencecah usia 5 tahun. Jarak usia mereka berbeda 120 purnama*hentam saja nieyh* walaupun Puteri Bongsu ingin sekali bergaul mesra dengan adik-beradiknya yang lain namun mereka tidak mahu melayani nya dan memanggil Puteri Bongsu sebagai nasi mentah/budak mentah.


Putra Merah merupakan satu-satunya pelakon lelaki dalam cerita nieyh *bukan semua perempuan ke? Argh shadap youuu! Secara fizikalnya dia digambarkan sebagai seorang putera yang memiliki wajah yang tampan dan susuk tubuh yang gagah perkasa menjadi kegilaan dan kelaghoan sekelian gades. Namun beliau bukanlah mudah jatuh cinta kerana beliau menjadi takut tatkala mendengar omongan dan desas desus yang mengatakan cinta itu buta. Putra Merah tidak mahu jatuh cinta sebab cinta itu buta nanti dia berjalan jatuh jatuh. *kalau dapat sekeh-sekeh kepala beliau serunuk jugak nieyh*
 

Cerita ini bermula pada abad keseratus Masihi pada masa lampau tatkala dinasour-dinasour masih wujud dan alam ini hampir sepenuhnya dikuasai oleh haiwan-haiwan buas ini. Nun jauh di tengah hutan belantara telah wujud satu institusi kerajaan Melayu Melaka . . haaa?? I mean institusi kerajaan di bawah naungan Raja Windoyono Palempangkau dan Permasuri Sumandoto Kucepukkang. Walaupun kerajaan ini hanya dihuni sebilangan kecil manusia namun mereka hidup aman sentosa tanpa sebarang unsur politik dan konflik yang boleh mencalarkan perpaduan. *acecece

Seperti yang telah dimaklumkan sejak awa-awal tadi lagi Raja dan Permasuri ini mempunyai tiga orang puteri yang cantik jelita *muntah* menjadi kesayangan rakyat.





Puteri Sulong dan Puteri Tengah sentiasa bersama-sama. Mereka tidak pernah berenggang. Jika mereka bermain kawen-kawen salah seorang daripada mereka akan berlakon seperti Edward Cullen dan selebihnya menjadi Dewi bukan Bella. Oh suweet kan? Grrr~. Jika mereka main masak-masak salah seorang daripada akan berlagak menjadi emak dan yang seorang lagi akan menjadi anak. Mereka gemar memanjat pokok bersama memetik buah durian belanda *heyyy apa  kejadah puteri panjat-panjat pokok petik buah durian belanda bagai nieyh. Sungguh tidak senonoh penulis skrip membuat adegan sedemikian rupa* panggggg tampar keras-keras



Kesian si Puteri Bongsu beliau sering terkontang-kanting keseorangan. Beliau tidak mempunyai teman untuk diajak bermain. Mujurlah beliau mempunyai binatang peliharaan yang diberi nama Debab. Debab merupakan seekor anak dinasour yang telah cedera namun berjaya diselamatkan oleh Puteri Bongsu. Hebatkan Puteri Bongsu berkawan dengan anak dinasour. Kau hado? Miahahaha. Debab lah tempat Puteri Bongsu mencurah kasih dan berkongsi rasa dukacitanya tatkala dipinggirkan oleh kedua-dua kakaknya walau saat itu si Debab hanya mampu terkebil-kebil memandangnya. Pada waktu senggang, Puteri Bongsu gemar ke rimba bermain buaian sambil menyanyi dan bergurindam. Suara beliau sungguh merdu tidak ubah seperti Siti Nurhalilintar.
 


Pada suatu hari ketika Puteri Sulong dan Puteri Tengah sedang memanjat pokok durian belanda mereka ternampak segerombolan pemburu yang sedang berehat di bahan pohon betik. *pohon betik? Ehh suka hati aku lar kan :P Tatkala itulah mereka ternampak akan Putra Merah yang macho dan teruih jatuh chenta kepada beliau tanpa menunggu sesaat pun bak kata omputeh love at the first sight. Cehhh. Kendian mereka bergaduh lantaran masing-masing mengakui Putra Merah adalah hak milik mereka. Sangat pelik bin ajaib kerana selama ini kedua Puteri ini tidak pernah bergaduh dan saling bertolak-ansur dalam setiap hal namun tidak untuk kali ini. Tidak sama sekali!! Hebatkan penangan chentaaa? Tsssskk!


 

Hal ini berlanjutan hingga beberapa purnama. Puteri Sulong yang dahulunya seorang yang periang kini berubah wajah menjadi seorang yang pasif dan gemar termenung. Beliau berasa sedih kerana keakraban yang pernah terjalin di antara beliau dan Puteri Tengah terhenti begitu sahaja. Hari yang dilalui seakan tidak bermakna lagi. Ngeee~ begitu juga Puteri Tengah. Beliau turut merasai ketegangan ini. Raut wajah beliau yang dahulunya sangat ayu*loya tekak* kini berubah menjadi sayu. Kedua—dua puteri ini akhirnya telah bergaul mesra dengan adik mereka yang dahulunya dipinggirkan iaitu Puteri Bongsu sebagai tempat mencurah perasaan dan kesengsaraan yang dilalui. Wuwuwu~



Mendengarkan permasalahan yang telah diceritakan oleh kakak kakak nya, Puteri Bongsu telah bertekad sebulat penyepak/bolasepak telah beriltizam untuk membantu mereka untuk menyelesaikan kemelut ini. Beliau telah merancang untuk membuat pertemuan di antara Puteri Sulong dan Puteri Tengah dalam diam-diam agar dapat duduk semeja untuk berbincang  dari hati ke lutut :P akhirnya rancangan ini telah berjaya dan Puteri Sulong dan Puteri Tengah telah pun berbaik seperti sediakala. Mereka tidak lagi meminggirkan Puteri Bongsu malahan telah melantik Puteri Bongsu sebagai pengutip durian belanda tatkala mereka berdua memanjat dan memetiknya.


kami adik-beradik sayang menyayangi antara satu sama lain :D

Namun satu perkara yang tidak dijangka telah berlaku iaitu Putra Merah telah datang mengadap Raja Windoyono Palempangkau dan Permaisuri Sumandoto Kucepukkang untuk melamar Puteri Bongsu. Beliau bersungguh-sungguh menyatakan hasrat hati ingin memperisterikan Puteri Bongsu lantaran telah terjatuh cinta semasa mendengar suara si Puteri Bongsu bergurindam di hutan. Pada masa itu beliau sedang berehat sebentar bersama kidkad semasa memburu dinasour. Awalnya, Puteri Sulong dan Puteri Tengah berasa seperti ditiikam dengan pisau razor ketika mendengar perkhabaran itu namun, mereka tekad tidak mahu bergaduh lagi demi lelaki. Cukuplah. Lagi pula mereka beranggapan Puteri Bongsu seorang gades yang baikk sekali dan berhak untuk hidup bersama Putra Merah.


Akhirnya Putra Merah dan Puteri Bongsu selamat diijabkabulkan. Mereka hidup bahagia disamping keluarga tersayang dan tidak lupa juga bersama Debab. Tiada lagi istilah budah mentah yang dilemparkan oleh Puteri Sulong dan Puteri Tengah kepadanya. Kerajaan di bawah naungan Raja Windoyono Palempangkau dan Permaisuri Sumandoto Kucepukkang bertambah kukuh dari hari ke hari dibantu oleh menantu tergagah Putra Merah. THE END~



Moral of the story. :
Jodoh bukan di bukan tangan kita tapi di tangan Tuhan
Air dicincang tak akan putus
“lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya”
Lain-lain tambah sendiri oke (:


Psssst : aku tahu aku suka merapik kan? Terima kasih (--")
 







3 comments:

  1. len kali buat cite i jd heroin la plaks..hahaa!!!

    ReplyDelete
  2. haha. nak jugak ke? bak cney gambauuu banyak34. bole reka cerita :P

    ReplyDelete
  3. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/ada-7-tipe-cinta-di-dunia-apa-saja.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/spongebob-squarepants-bakal-tamat-awal.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/02/tata-cahaya-ciamik-restoran-picnic-bisa.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...