Kanda Dinda

Thursday, June 23, 2011

Pantai Buket Keluang




Assalamualaikum (:

Niat di hati  nak hupdate pasal family pergi pantai hari tueh. Memang serunuk sangat. Kalau duk kat Jepun sekarang memang teringin nak jumpa Doreamon mintak dengan beliau mesin memutar masa dan sebagai pertukaran aku nak hadiahkan Doreamon sebotol ubat julap biar dia membuang sisa dalam badan secara berterusan lantas bisa kurus secara drastik. Namun terfikir juga, adakah losyen herba pasti tersentap bisa memberi kesan yang lebih lumayan? Kunfius lar macam nieyh  (-__-)

Janji nak bertolak pukul 6 a.m dengan keluarga kawan abah. Pukul 4 a.m mak dengan kakak aku dah sibuk ketung ketang ketung ketang kat dapur duk menyiapkan makanan untuk di bawa pergi berkelah nanti. Aku? Haha. pukul 5 lebih baru bangun (-___-) Memandangkan kakak aku balik maka dia lar yang bertanggungjawab sepenuh nya membantu mak aku siapkan bekal tueh. *alasan*







Kunun nya nak pergi awal boleh mandi waktu pagi kat pantai tueh. Teduh lagi kan. Tapi tak usah nak berangan larh alih-alih dekat pukul 8 baru bertolak. Letih duk menunggu aku pun duk bermesra- mesraan lar dengan encek camera sampai kakak aku pun dah terikut-ikut perangai aku. Haha. mak aku cakap kat abah aku . . budak dua orang tueh dah pengsan duk bergambar. Ayah aku sengih je. Pasrah kut. (--“)

*photogedik semata-mata harap tidak meninggalkan kesan trauma kepada jiwa dan pemikiran anda*





Nampak tak? Nampak tak . .muka eksaited si budak busuk gigi kuning tueh. Haha. selepas beberapa purnama menunggu akhirnya perjalanan beribu batu di mulakan juga. Bhahaha. Statement tak agak-agak. T__T






Waktu nieyh matahari dah naek. Cuaca dah panas. Aku dengan yakin sekali membuat keputusan meniru gaya kodok hijau berhajat mau memanggil sang hujan biar turun dengan mencurah-curah nya. Ong ongg ongg. Namun setelah beberapa kali mencuba hujan masih tidak turun . memang rasa sangat loser mahu meniru aksi haiwan amfibia pun gagal. . Laen kali mahu tiru dengusan si badak sumbu lar, rasa nya lebih sesuai dengan bakat aku yang sudah lama terpendam nieyh. Urghh.




Kebulatan dan ketembaman pipi tidak berjaya disembunyikan lagi.  Salah angle hamik gambar nieyh. Lain kali lebih baik mengambil posisi dari bawah pula biar lubang hidung sebesar alam yang menjadi tumpuan.  T__T Panas sangat masa nieyh headband yang elok-elok terletak di kepala pun sudah terburai di campak ke dalam beg. Ngeee~


Gambar gedik si bonda bersama anak saudara tersayang Auni Saffiyah. Maaf Auni, bonda memang macam nieyh hantu gomak yang cintakan encek camera. Maka, terimalah seadanya tanpa rasa ragu atau rasa mahu lempang.


Aku tak mandi laut pun. Family aku yang laen semua terjun dalam laut. Even aku tak mandi, seluar dah basah sampai peha. Aku kuatkan tekad dan semangat tak nak mandi lauttt. Haha. Padahal hati dah bergolak, minda berkecemuk nak berkubang dalam kemasinan air laut. *ecece* Ouh sangat serunuk rasa waktu ini.  Berehat di tepi pantai sambil membakar ayam, hot dog makan mihun, jajan , kerepok, baring-baring, pergi beli air kelapa dengan rojak, di ngorat si jejaka hensem dan dibelanja makan aiskrim oleh jejaka tampan (tipu). Tak cukup dengan tueh abah aku order ABC yang aummm mengancam dan menggoda anak tekak yang kehausan. Angin laut yang sepoi-sepoi tata bahasa menyapa mesra wajah menghadiahkan kehitaman di kemudian hari amat mengasyikkan.  Kata orang memang nikmat hidup dirasai larh. *jogetjoget*

Malangnya tak ada satu  gambar laut pun kan? Haha. Bateri telefon sudah habes lantaran kerakusan diri mengambil gambar berterusan tanpa henti sejak pukul 6 pagi. *tampar diri sendiri* memang dasat lar kau perempuan (--“)

Ouh kawasan kat Buket Keluang nieyh boleh tahan. Kemudahan rekreasi seperti bangku, taman permainan, tandas awam, surau ada disediakan. Air pantai pun masih dalam keadaan bersih. Gerai-gerai yang menjual makanan pun banyak, memang setiap masa lar aku asyik nak melahap kan. Rasa mahu pergi lagi lagi lagi dan lagi. :D

Pssstt : gila annoyed tengok aksi si hantu gomak tampal gambar dia sensorang banyak-banyak dalam satu entry? Dah, pergi warung Pak Jueh beli penadol aktipas sekarang. Banyakkan berehat. T__T


2 comments:

  1. tomei nye...haris@z ke tuh???

    ReplyDelete
  2. bukan tueh auni lar sayang. the youngest niece i hv ( for now)

    ReplyDelete

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...