Kanda Dinda

Tuesday, June 14, 2011

Selamat hari tua ah bem :D

Tanggal 15hb 6 1991 telah lahir seorang insan yang amat amat amat aku sayangi. Dialah teman dialah penjahat dialah bidadari dialah syaiton dialah racun dialah juga penawar. Bersempena dengan hari jadi nya yang ke duaplohtahun aku ingin mengabadikan entry ini dengan membuat penghargaan kepada beliau iaitu Syahidatul Asma bt Che Rukman atau lebih selesa dengan panggilan ah bem. Kalau aku diberi pilihan sekalipun sama ada untuk memilih intan permata dan harta berpeti-peti dengan ah bem, aku tanpa berfikir dua tiga empat lima kali akan terus merentap tangan ah bem lari daripada kelaghoan duniawi itu lantas menyusuri kehidupan bahagia bersama (tipu) Begitulah pentingnya ah bem dalam kehidupan aku. (--")






Pertama sekali aku nak ucapkan selamat hari jadi kat kau yang ke duoplohtahun. Seperti biasa tiap-tiap tahun memang kau akan lebih tua daripada aku dholo kan. Aku memang sentiasa nampak awet muda dan comel. Tidak syak lagi.  Lalala~ Semoga dengan penambah daraban usia kau tueh seiring dengan kebaikan yang kau miliki. Semoga kau menjadi anak  yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapa, menjadi insan yang  berbudi dan menjadi hamba yang bertaqwa. InsyaALLAH (:

So, kat sini aku ada beberapa hadiah yang ingin aku berikan bersempena birthday kau ni. Memandangkan kita jauh beratus-ratus kilometer, maka aku dengan ‘berat hatinya’ terpaksa mengepost hadiah ini secara visual sahaja. Sila lap lap spek mata kau dholo biar terang tak nak kabur kabur oke.

 
 
Nah aku nak bagi kau sijibik kek birthday hasil hand-made yang aku tempah khas dari Chef Two (bukan Chef One oke) kau tahu betapa susahnya aku nak memujuk si tukang chef untuk membuat kek nieyh? Aku terpaksa merayu melutot dengan beliau siang malam sampai lutut aku pun dah bengkak-bengkak. Tapi dek kerana terharu dengan keikhlasan yang aku pertontonkan, si tukang chef telah membuat keputusan yang jitu untuk membantu aku mengadaptasikan kek ini sebegini rupa. Owh rege kek nieyh tak ada lar mahal sangat. Dalam duatigaribooo sahaja (: Tiara tueh pula aku pinjam kejap dengan si isteri putera William, Kate lepas weding diorang hari tueh. Harap kau enjoy makan kek nieyh nanti yer.



Aku tahu kau sangat letih semenjak tinggal rumah sewa tueh. Kau terpaksa berulang-alek ke class dengan berjalan kaki. Aku sangat sedih mendengar cerita kau yang terpaksa bangun awal dan berjalan lebih kughang tigaplohminit semata-mata nak pergi ke class. Kalau class pukul 8 sampai pukul 9 pastu ada gap start class balik pukul 1 kau tak ada tempat untuk berehat, tak ada tempat untuk tidur sambil memprodiuskan limpahan air liur basi berserta dengkuran dengkuran yang maha dahsyat kan? Tapi bagus juga sekurang-kurangnya kau bersenam setiap hari cuma aku tak nak lepas nieyh kau jadi wanita sasa berotot pejal. Memandangkan aku seorang sahabat yang berhati mulia dan sangat mengambil berat terhadap kebajikan kau, aku dengan rasa sukacitanya ingin menghadiahkan Ferrari pink niey kat kau. Jangan risau, aku beli Ferrari nieyh cash kau tak payah fikir dah pasal bayaran bulanan kereta nieyh. Dengan adanya kereta nieyh, aku harap ia akan dapat memudahkan urusan harian kau. Kalau ada masa cuti datanglah lawat aku naik kereta nieyh. Boleh kita berjimba bersama-sama yer. (:



Hari tueh kau mesej aku, mengadu banyak sangat semut dekat rumah sewa kau tueh sampai kau pun tak dapat nak duduk dengan selesa. Kau tahu, semalaman aku memikirkan kesulitan yang terpaksa kau hadapi setiap hari. Aku tidak mampu tidur dengan lena dan berasa resah gelisah sepanjang malam. Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk membelikan sebuah rumah bungalow tujuh tingkat untuk kau. Oh ye, gambar yang aku tunjukan tueh sekadar ruang bilik tidur kau. Aku yang hias sendiri tahu. Suka tak? Harap kau dapat tidur lena lepas nieyh. Jangan bimbang, aku dah upah pakar pembunuh semut untuk melenyak-lenyak semut-semut yang pernah mengganggu gugat kehidupan kau sebelum nieyh. 



 
Bem aku tahu kau dah lama nak beli laptop baru kan? Aku kesian tengok kau yang senantiasa mengusung laptop kau itu ke sana ke mari demi menyiapkan esaimen. Betapa runtunnya hati aku tiap kali mendengar keluh kesah kau mengatakan laptop kau bermasalah, laptop kau lembab, laptop kau loading, slow dan bermacam-macam lagi. Kau tahu pada ketika itu juga ingin saja ku potong potong ku cincang cincang laptop kau tueh dan lempar ke dalam laut buat santapan ikan todak. Aku terkilan melihat muka kau yang berkerut-kerut tueh. Oleh yang demikian, semasa pameran yang telah dianjurkan secara besar-besaran oleh pihak vaio, aku dengan senang hatinya telah bertanya kepada promoter di sana tentang latest edition laptop mereka. Aku harap dengan pemberian aku yang tidak seberapa ini, kau boleh menjalani kehidupan dengan lebih baek (:



Ah bem aku harap persahabatan kita ini akan kekal selamanya. Tempoh tujuh tahun yang kita lalui bersama tidak pernah membuat aku berasa jemu untuk terus berkawan dengan kau. Aku ucapkan ribuan terima kaseh kepada kau kerana sudi berkawan dengan aku dan menerima diri aku seadanya. Aku tahu aku banyak menyusahkan kau. Kadang-kadang aku buat kau rasa “sungguh gila ini perempuan” tapi sekali pun kau tak pernah pinggirkan aku. Tiada apa hadiah yang terbaik yang boleh aku berikan bersempana hari jadi kau kecuali huluran kaseh sayang dan persahabatan yang tidak berbelah bagi. Oh yer, memandangkan kau tidak memberi keizinan untuk aku menepek gambar kau untuk entry khas ini maka aku telah mencari pengganti yang amat bersesuaian dengan kau. Tak percaya tengoklah kat bawah nieyh ;p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 



Haha. Jangan marah sayang. Aku gurau sahaja. Nah hamek gambar aku sedas. Aku intai dan teropong kau dari jauh untuk tengok senyuman kau pada hari berbahagia kau nieyh. Selamat beruwek uwekkk. Muah :p





Terima kasih kerana tak berhenti-henti scroll down bolatkan mata baca entry nieyh. Ouh, anda sangat cool! ;D




Sekian. Bye!

 
 




2 comments:

  1. hehee!!! Tunggu wiwi!! i pon nak buat entry khas untok sema!! hahaaa!! sema, tnggukan kemunculannye...hahaaa!!

    ReplyDelete
  2. haha. ghamainyo owam sayam sema. tapo beshday dyo wat entry bawu spesel cket. bole baco sampai mati. ekekeke ;D

    ReplyDelete

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...