Kanda Dinda

Sunday, July 10, 2011

Pernah tak korang . . .



Assalamualaikum

Selamat berbelog beauty and the beast sekalian :P



Ehem. Tajuk entry nak hebat tak mahu kalah . . saja nak kasi unsur saspen lar kunun. Ceh. Meh nak tanya sikit,  pernah tak korang terjun daripada tingkat 27 lepas itu tersangkut kat tingkat 15 dan kemudian terhumban jatuh mencium pasir? Pernah tak korang mencabut duri-duri landak yang maha tajam kemudian digoreng masak tiga rasa lalu dimakan enak dengan nasi bubur sambal belacan? Atau pernah tak korang rasa nak lempang-lempang orang yang menulis bait-bait kata di atas? T__T


Haha. Aku gurau je lar. Kalau benda-benda di atas berlaku kat korang nescaya sekarang korang dah berada di alam lain. Huhu. Ekceli aku nak cerita pasal pengalaman pahit menghiris kalbu . .tiap bicara manis bagaikan selumbar bisa nieyh. *eceh* ayat kemain padahal nak berkongsi pasal kejadian memalukan dalam hidup aku sahaja. Ouh biasa, aku memang suka meng-over-over-kan ayat. Sila terima seadanya oke? (--")


Berfikir sejenak sebelum episod memalukan diri sendiri di terokai satu demi satu. 



Pernah tak korang berlanggar meja depan orang ramai?

Alaaa . . berlanggar meja? Small matter je lar. What the rock is cooking. Haa memang ku pelangkung juga dengan asam boi siapa yang cakap macam itu. Dholo masa kat sekolah menengah, aku wakil sekolah untuk pertandingan pantun untuk three consecutive year and ranked third. Alar nombor tiga je pun kan? Aku bukan nak mengriak-kan diri tentang tueh. Masa sesi memperkenalkan diri sebelum pertandingan aku dengan gagah sekali tampil ke hadapan berpantun kunun nak kasi judges, pihak lawan rasa kagum lar dengan kehebatan aku nieyh. Pum-pam-pum-pam aku duk berpantun. Tangan tok sah cakap lar naik turun gaya kemain nasib baik kaki tak naik sekali kalau tak dah boleh buat persembahan kung-fu dah. Time tueh semua duk fokus dekat aku.

Dah siap memperkenalkan diri tueh aku pun dengan sopannya mengundur ke belakang kunun nak duduk tempat aku balik lar. Tapi memang malang berbau busuk . . time aku dah yakin dengan sesi permulaan, time tueh lar punggung aku merodok meja sampai terkensot kerusi bagai nasib baik tak jatuh. Malu weyh malu weyhhh . . rasa time tueh jugak aku nak terjun tingkap lari dari kenyataan yang busuk itu. Dah lar ramai orang sebab aku bertanding dekat sekolah lain. Judges 3 ke lima orang aku dah tak hengat. Ah memang dorang bantai gelak lar. Cover tutup mulut padahal gigi duk tertayang. Aku pandang je pihak lawan aku. Tiba-tiba aku rasa jadi manusia yang paling kerdil di bumi ALLAH S.W.T. nieyh. Tssskkk!

Pernah tak korang jatuh bukit berguling-guling ?

Kejadian nieyh berlaku masa perkhemahan dekat sekolah aku dholo. Masa nieyh tak silap aku geng gerowk iaitu aku, Niney, ah bem, jajah and Sox tengah berebut nak pergi mandi duk berlari-lari tak hengat dunia. Kunun aku nak sampai awal kat toilet lepas itu terlebih eksaited pergi terjun ikut bukit yang agak tinggi nak shortcut. Apalagi . . berguling-guling aku jatuh sampai ke bawah sebab tergelincir. Weyh dugong berguling weyh. Pernah korang tengok? Pengalaman seumur hidup nieyh. Kawan-kawan aku memang nak tolong tapi sambil tueh sempat lagi gelak-gelakan aku. Ciskek lar kan. Haha.

Malam tueh masa aktiviti gotong-royong kemas kawasan perkhemahan aku duk terbaring tak larat. Air mata dah berjurai sakit lutut. Habis riuh semua peserta perkhemahan mari duk jenguk khemah aku bila cikgu dapat tahu. Dah lar kebanyakan cikgu lelaki yang ada. Dorang duk lawat aku duk tanya itu ini aku tak jawab sepatah pun duk tutup muka dengan kain. Malu weyh. Kawan-kawan aku je yang jawab. Tambah pula seluar aku diselak sampai paras lutut. Memang semua orang tengok!! Bila dorang dah tahu punca sebenar aku sakit lutut, yang duk kecian tengok aku dah galak nak ketawakan aku. adoiiiii. Nasib baik ada kakak senior yang aku suka gila , comel nak mampuih tolong urut kaki aku sampai tertidur. Terima kasih kak Zai. Lepas kejadian tueh, kat sekolah bila cikgu  tanya kaki awak dah oke Dewi? Tanpa sedar pipi aku merah secara sendiri. Tobat dah aku tanak terjun buket pasni. T____T






Iya. aku menderita terpaksa berkerusi roda. Sekian makluman.




Pernah tak korang jatuh tangga sampai bergegar ?

Kalau tak silap perkiraan otak aku yang pelupa niey kejadian niey berlaku masa aku form five dholo. Masa tueh kita orang nak turun pergi ke kelas pendidikan seni. Aku bukannya nak ambil subjek seni tapi terpaksa sebab nak cukup kan 10 subjek untuk SPM tapi alih-alih aku ambil 9 juga. Aku takut kang aku melukis orang lidi nanti dia orag salah anggap aku lukeh gambar Mona Lisa pula. Aku kan berbakat besau dalam bidang seni niy *pang sedas* Haha. Memandangkan kelas kita orang berada di tingkat 4 maka berkonvoi lar budak kelas ramai-ramai ke kelas pendidikan seni yang terletak di paras bawah sekali. Masa duk mengira langkah menyelusuri tangga tiba-tiba  kawan aku tak sengaja terpijak kain sekolah aku. Natijahnya aku jatuh tersembam dekat tangga dengan jayanya. Cantik punya jatuh wa cakap lu. . macam durian belanda gugur di musim luruh yang beza nya aku bukan buah durian belanda tapi lebih kepada gajah duduk cap kain pelikat. Terima kasih kepada aku kerana telah mencetuskan jenama tersohor cap gajah duduk inspirasi daripada kejadian memalukan tueh. Tapi sampai sekang aku tak pernah dapat duit royalti. Apakah . .

Kain dah terselak paras lutut kalau tak silap aku. Cepat-cepat aku cover. Sakitnya TUHAN saja yang tahu. Aku bukan nya nak nangis weyh . . sies aku cakap tapi air mata aku jatuh sendiri sebab sakit sangat. Dah lah masa nak turun tangga tueh budak-budak lelaki kelas aku duk belakang. Malu gilaaaaaa dengan dia orang. Sebelum aku jatuh aku sempat berselisih dengan seorang cikgu perempuan. Cikgu tueh memang baik, kita orang siap berbalas senyuman lagi. Cikgu tueh dah elok-elok nak menyimpang pergi kat tempat lain, patah balik pergi dekat aku terkejut tengok aku dah teresak tahan nangis. Cepat-cepat dia tolong urutkan lutut aku suruh kawan-kawan aku cari minyak. Betul kan aku cakap cikgu tueh baik? Hikmahnya aku tak payah pergi kelas seni tapi kejadian memalukan nieyh perlu aku tanggung seumur hidup. Hahaha T___T



Oh ye. gambar aku berkerusi roda itu sekadar lakonan ingin meminta simpati orang ramai. Namun, apabila aku tersedar aku ada banyak dosa tak jadi lar nak menipu. *pang sedas*



Psssttt : Banyak lagi pengalaman memalukan aku tapi cukuplah dholo. Nieyh pun dah rasa nak pergi Korea buat pembedahan plastik tukar muka. Ah tapi aku tak mampu. Hermm . . minta duit duaplosen mak, nak beli topeng ultraman mebius. U__U





1 comment:

awak penat-penat baca tak nak bagi sepatah dua kata ke? ^__^ *terima kasih*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...